Apek tak lupa diri

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 1 January 2012 11:32 pm

PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.

Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.

“Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Khairul Fahmi, dia juga tidak tahu bagaimana orang menilainya, tapi berharap diberi sokongan dalam usahanya untuk mencapai kejayaan.

Malah, dia tetap menghormati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

rmati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

“Saya tetap beri tumpuan utama kepada karier bola sepak kerana ia adalah pilihan hidup saya. Saya mahu buat yang terbaik sebagai penjaga gol negeri dan kebangsaan,” katanya. Khairul Fahmi berkata, walaupun menjadi perhatian umum, ia tidak menjejaskan tumpuannya dan akan terus berusaha meningkatkan lagi pencapaiannya musim depan. “Bagi saya pengiktirafan pelbagai pihak termasuk akhbar berhubung sumbangan saya kepada bola sepak amat saya hargai dengan baik dan akan berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya tetap fokus dengan tugas saya sebagai penjaga gol pasukan Kelantan dan kebangsaan dan saya harap mampu meningkatkan lagi pencapaian saya musim depan,” katanya.

Bagaimanapun, penjaga gol berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu itu banyak berdiam diri ketika diajukan soalan berkaitan peribadi, sebaliknya senang menjawab pertanyaan mengenai karier bola sepak yang diceburinya.

sumber: metro online

Peminat harapkan perubahan

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 25 July 2011 2:47 pm

Setelah berkahirnya perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan menentang SIngapura 23 Julai lalu, ramai yang tampil tidak puas hati dengan tektik dan pemilihan pemain oleh Dato Rajagobal, jurulatih skuad Harimau Malaya.

Rata-rata pengulas sukan, orang-orang lama dalam bolasepak, bekas pemain kebangsaan dan juga pastinya peminat mengkritik K Rajagobal memilih pemain pertahanan yang longlai. Setelah aksi menetang dua kelab EPL, Malaysia melepaskan 10 gol mudah hasil kelalaian pemain pertahanan. Namun benteng ini juga yang dipilh Raja untuk menyerap serangan Singapura dan hasilnya lima gol mudah diperolehi mereka.

Namun kita masih ada lagi 90 minit dan peminat-peminat Harimau Malaya sudah pastinya mahu melihat kebangkitan Raja dan anak buahnya. Defisit 5-3 pasti boleh dihapuskan oleh anak-anak harimau Malaya ini.

Harapan jutaan rakyat Malaysia juga mahu Rajagobal menilai semula pemain-pemainnya dan sudah pasti beliau lebih mengenali pemain-pemainnya. Ramai yang masih kecewa mengapa Khairul Fahmi Che Mat tidak diturunkan pada perlawanan penting ini sehingga Naib Presiden FAM sendiri, Dato Hamidin juga menggesa Rajagobal menurunkan Khairul Fahmi pada perlawanan kedua di Bukit Jalil khamis ini. Persoalan juga ditimbulkan mengapa pemain-pemain dari juara liga super Malaysia tidak diturunkan walau seorangpun dari senarai yang ada.

Malaysia 0 Arsenal 4 – Rajagobal naik angin

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 14 July 2011 9:32 am

SEMANGAT wira 1975 gagal meresap dalam skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal apabila tumpas 4-0 pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal semalam.

Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.

Dan apa yang dipamerkan pemain negara nyata mengecewakan Rajagobal.

“Saya kecewa dengan permainan yang ditunjukkan kerana mereka tidak menunjukkan permainan sebenar. Ini menyukarkan saya untuk menilai kemampuan pemain sebelum perlawanan dengan Singapura,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang disaksikan lebih 50,000 penonton, kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil, Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin di minit kelima.

“Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.

“Kita kena terima realiti mereka pasukan hebat, saya harap pemain dapat mempelajari sesuatu,” kata Rajagobal.

Biarpun tanpa bintang Samir Nasri dan Robin Van Persie yang hanya masuk pada babak kedua, The Gunners berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain sayap England, Theo Walcott dengan melambungkan bola memerangkap Nasril.
Arsenal terus selesa pada babak kedua apabila percubaan pemain gantian Carlos Vela gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang masuk menggantikan Nasril pada minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90.

Selepas Malaysia, anak buah Wenger akan berlepas ke China bagi meneruskan Jelajah Asia menentang Hangzhou Greentown, Sabtu ini.

Pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999.

sumber: hmetro online

Kelantan tebus kekecewaan, Selangor Terengganu terus ekori

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 15 June 2011 11:26 am

gambar: kelate.net

Kelantan selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan liga pertama selepas pasukan bimbingan Dato Karathu itu berjaya menewaskan Perak 1-0. Gol sumbangan Norshahrul Idlan Talaha itu memberikan mata berharga bagi merealisasikan impian pasukan The Red Warriors itu setelah gagal merangkul gelaran pertama Piala FA lalu.

Perlawanan terakhir bertemu Sabah akan menentukan adakah skuad dari Pantai Timur itu bakal dinobatkan juara baru liga bolasepak tempatan. Satu mata mungkin sudah mengcukupi memandangkan mereka mempunyai perbezaan jaringan yang agak besar.

Dalam perlawanan malam tadi, Norshahrul Idlan gagal menyempurnakan penalty namun beliau akhirnya berjaya menebus kesilapan itu apabila membuat rembatan separa volley untuk menewaskan penjaga gol Perak pada minit ke 53. Daudsu memainkan peranan dalam gol tersebut apabila membuat hantaran cantik kepada Norshahrul.

Keletihan jelas terpancar pada aksi skuad Kijang apabila menampilkan aksi yang sederhana saja namun demikian masih berjaya mengusai perlawanan dengan menyaksikan banyak peluang terbaik dilepaskan begitu saja. Penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan tidak banyak diuji dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu Selangor dan Terengganu terus memberi tekanan kepada Kelantan apabila masing-masing turut mencatat kemenangan penting ke atas lawan masing semalam.

Perlawanan terakhir liga akan dilangsungkan pada 6 Julai nanti.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz