Posts Tagged ‘Konfederasi 2009’

USA Buat Kejutan


Amerika Syarikat yang masih terkejut layak ke separuh akhir tanpa disedari mereka sekali lagi mengejutkan dunia bolasepak dalam kejohanan Piala Konfederasi ini. Mengalahkan juara Eropah, Sepanyol yang nyata berada ditahap reputasi hebat sebagai pasukan no.1 dunia ketika ini adalah sesuatu yang memang memeranjatkan. USA 2 Sepanyol 0.

Tiada yang berani mempertaruhkan USA mampu menewaskan Sepanyol yang berada dalam prestasi tinggi ketika ini, tidak pernah tewas sebanyak 35 perlawanan. namun skrip berbeza dilakarkan skuad USA.

Gol lewat jaringan Jozy Altidore minit 83 dan Clint Dempsey minit 88. USA juga terpaksa bermain denganĀ  10 pemain apabila Michael Bradley dilayangkan kad merah pada minit 87.

Walaupun dari segi stastik, Sepanyol lebih banyak mengasak ke pintu gol USA (29/9) namun USA lebih bernasib baik dapat menghasilkan gol. Jentera serangan Sepanyol nyata yang diketuai Torres gagal menembusi kekebalan Howard.

USA bakal berdepan dengan penyandang juara ataupun skuad Bafana bafana, Afrika. Ini kali pertama USA layak ke peringkat akhir dalam kejohan utama dunia.

233,611