10 pemain Chelsea tumbangkan juara bertahan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 25 April 2012 9:49 am

Bermain 10 pemain, ketinggalan 2-0 namun itu menjadi kenangan manis buat pasukan Chelsea dalam laluan ke final liga juara-juara menewaskan juara bertahan, Barcelona. Ketinggalan 2-0 melalui jaringan Busquets minit ke 35 dan Iniesta 43, Chelsea bangkit menyamakan aggregate melalui gol cantik Ramires dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Torres, penyerang yang agak ‘berkarat’ menutup terus peluang Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke  92 untuk menjadikan aggregate 3-2.

Pemain terbaik dunia tiga kali, Messi pula terlepas sepakan penalty apabila sepakannya melambung tinggi untuk menggegar gawang. “Kami perlu berterima kasih kepada Messi untuk apa yang telah beliau sumbangkan kepada kelab” ujar Pep Guardiola merujuk kepada kegagalan Messi menjaringkan penalty.

Chelsea terpaksa bermain 10 pemain apabila John terry dilayangkan kad merah minit ke 37 lagi namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan barisan pemain bintang Barcelona.

Chelsea akan ke Munich dan menanti pemenang antara Real Madrid dan Bayern Munich.

“We have done very well in the tournament over the past four years but some you win, some you lose; that’s the beauty of sport”.Josep Guardiola

“The second half wasn’t so much about tactics as passion, pride and desire to get to the final. We knew we were just 45 minutes away” Di Matteo.

Undian suku akhir liga juara-juara

Posted by admin | Liga Juara Juara | Saturday 17 March 2012 10:32 am

Juara bertahan, Barcelona tidak akan bertembung dengan pendahulu La Liga, Real Madrid kerana kedua-dua pasukan itu awal-awal lagi diasingkan bagi mengelak mereka bertembung disuku akhir. Dalam undian yang dilakukan itu Real Madrid dan Barcelona tidak akan bertemu juga diseparuh akhir andai kedua-duanya layak melepasi suku akhir.

Real Madrid lebih bernasib baik apabila bakal menentang kelab yang membuat kejutan APOEL manakala pertembungan lebih menarik apabila AC Milan sekali lagi akan menentang Barcelona, kelab yang menyingkirkan mereka tahun lalu.

Chelsea yang menjadi satu-satunya kelab Inggeris yang masih bersaing di peringkat Eropah akan bertandang ke Benfica bagi perlawanan pertama dan satu lagi perlawanan akan menyaksikan Marseille menentang Bayern Munich. Perlawanan peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada 27-28 Mac dan 3-4 April.

Arsenal kecundang disebalik kebangkitan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 7 March 2012 10:08 am

Arsenal yang mengharapkan keajaiban seolah-seolah berjaya menghapuskan deficit 4 gol. Keputusan itu nampak menjadi apatah lagi mereka menjaringkan tiga gol diseparuh masa pertama melalui Laurent Koscielny minit ke 7, Tomas Rosicky mint ke 26 dan sepakan penalty van Persi minit ke 43.

Memasuki babak kedua AC Milan nyata mampu bertahan untuk mengelakkan The Gunners membedil jarring mereka. Arsenal yang perlukan satu gol lagi nyata gagal merobek gawang yang dikawal Abbiati untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Arsenal tewas dengan aggregat 3-4.

Liga Juara-Juara – United, City gagal mara

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 8 December 2011 10:26 am

Manchester United dan City terkeluar dari saingan liga juara-juara apabila masing-masing menghuni ditangga ketiga kumpulan. Dalam kumpulan A city mencatat kemenangan yang tidak bermakna ke atas Bayern Munich tapi gagal mara setelah Napoli berjaya menumpaskan Villareal juga dengan keputusan 2-0.

Manchester United yang hanya perlukan seri di Basel namun dikejutkan apabila tewas kepada kelab dari Switzeland itu dengan keputusan 2-1. United pernah gagal ke pusingan kalah mati pada 2006.

Pasukan yang layak mengikut kumpulan:

kump A – Bayern & Napoli

Kump B – Inter & CSKA

Kump C – Benfica & Basel

Kump D – Real Madrid & Lyon

Kump E – Chelsea & Leverkusen

Kump F – Arsenal & Marseille

Kump G – APOEL & Zenit

Kump H – Barcelona & Milan

Keputusan Liga Juara-Juara 28 September 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 29 September 2011 9:57 am

Liga Juara-Juara – Real, Schalke ke separuh akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 14 April 2011 11:53 am

FC Schalke 04 2-1 FC Internazionale Milano (agg: 7-3)

Impian juara bertahan, Inter Milan untuk menafikan kelebihan 5-2 Schalke04 tidak kesampaian apabila kelab dari Itali itu tumbang 2-1. Raul menjaringkan gol menarik minit ke 45 untuk meranapkan sisa-sia perjuangan Inter sebelum Motta menyamakan kedudukan minit ke 49 melalui tindakan susulan dari tandukan Lucio. Howedes menutup terus pintu kelayakan buat Inter Milan apabila rembatan deras beliau menerjah gawang.

Raul yang berpindah dari Real Madrid dua musim lalu terus memukau dengan aksi penyudah tajamnya yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Inter Milan sebelum membuat gerakan mengelirukan memperdaya penjaga gol Inter Julio Cesar. Gol tersebut merupakan gol ke 71 beliau dalam kancah Liga Juara-Juara. Schalke04 bakal bertemu Manchester United di separuh akhir dalam memburu kegemilangan kelab dari Jerman itu. Tugas yang sukar buat mereka apabila bertemu pendahulu liga Inggeris yang berada dikemuncak prestasi itu namun mereka telah membuktikan yang segala fantasi boleh menjadi realiti.

Tottenham Hotspur FC 0-1 Real Madrid CF (agg: 0-5)

Satu lagi aksi, Spurs menerima nasib yang serupa dengan Inter Milan apabila mereka juga tewas di laman sendiri 1-0 hasil rembatan padu jarak jauh bintang Portugal, Ronaldo minit ke 50. Rembatan itu sepatutnya tidak menghasilkan gol namun kesilapan penjaga gol mereka, Gomez menghadiahkan real kemenangan di White Hart Lane. Sebenarnya jika dilihat dari segi kelebihan 4-0 Real, Spurs sudah sepatutnya boleh melupakan impian mereka untuk melangkah ke separuh akhir. Namun demikian, pemain sayap mereka, Bale tetap berbangga dengan pencapaian mereka dalam aksi pertama mereka di Liga Juara-Juara.

Real Madrid bakal melayan musuh tradisi di La-Liga, Barcelona yang menjadi tugasan sukar buat anak buah Mourinho apatah lagi mereka tumpas pada aksi liga musim ini kepada kelab catalan itu. Disamping perebutan liga, Real-Barcelona juga bakal bertemu dalam aksi final Copa del Ray.

Liga Juara-Juara – Barcelona, MU ke separuh akhir

Posted by admin | Uncategorized | Wednesday 13 April 2011 1:25 pm

Manchester United FC 2-1 Chelsea FC (agg: 3-1)

Gol di setiap babak oleh Javier Hernández dan Park Ji-Sung memberikan United tiket ke separuh akhir buat kali keempat dalam lima musim. Gol Hernandez minit ke 43 dan Park 77 memadamkan impian Chelsea untuk meraih trofi berprestij itu. Gol saguhati Chelsea dijaringkan oleh Drogba juga minit ke 77 dan belum cukup untuk menafikan United layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-1.

Malang mula menimpa Chelsea apabila ramires diperintah keluar padang apabila mendapat kad kuning kedua minit ke 70.

FC Shakhtar Donetsk 0-1 FC Barcelona (agg: 1-6)

Messi terus memukau dalam perlawanan di Donbass Arena apabila menjaringkan gol menarik minit ke 43 untuk memberikan Barcelona layak ke separuh akhir dengan aggregat 6-1. Pasukan yang menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah pemenang antara Spurs dan Real Madrid. Madrid kelihatan berpeluang cerah setelah mendahului dengan aggregat 4-0.

Liga Juara-Juara – ronaldo, Bale pulih

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 5 April 2011 7:41 pm

Cristiano Ronaldo bakal beraksi untuk Real Madrid tetapi jurulatih Real Madrid José Mourinho berkata 0-0 merupakan “keputusan baik” menentang Tottenham Hotspur FC, yang juga menyaksikan Gareth Bale sempat sembuh untuk perlawanan suku akhir pertama ini. Dua pemain ini dikaitkan dengan kecederaan yang menyaksikan Ronaldo terlepas perlawanan antara Real Madrid menentang Gijon.

Real juga mendapat kembali penyerang mereka Gonzalo Higuaín yang pulih dari kecederaan panjang. Kali terakhir penyerang 23 tahun dari Argentina itu bermain untuk Real ialah pada November tahun lalu.

“Mereka adalah pasukan yang hebat, dengan jurulatih yang hebat, dan pemain hebat,” kata jurulatih dari Portugal itu. “Mereka berada di sini setelah mengalahkan bekas juara Eropah, AC Milan, yang merupakan pasukan kedua terbaik dalam sejarah gelaran Eropah.”

Bekas pengendali Porto, Chelsea FC dan bos Inter Milan itu dalam rekod menjadi jurulatih pertama yang menjuarai liga juara-juara dengan tiga pasukan berbeza. Jika Real berjaya mengatasi Spurs pasukan yang menanti di separuh akhir ialah antara Barcelona FC Shaktar.

Berikut fakta berkaitan pasukan serba putih ini:

Madrid telah menjaringkan 895 gol dalam kejohanan UEFA

Madrid dan Tottenham merupakan pasukan yang menjaringkan gol paling banyak sehingga semi-final dengan 19 gol.

Madrid menjadi kelab paling banyak cubaan ke arah gol dengan 67 percubaan, sepakan sudut terbanyak (53) dan mengumpul kad kuning paling banyak dengan 20 kali berbanding dengan tujuh pasukan lain di separuh akhir.

Cristiano Ronaldo membuat percubaan sipi 19 kali dan mengatasi mana-mana pemain lain.

Sergio Ramos dan pemain FC Schalke 04, Jefferson Farfán merupakan pemain yang digantung empat kali musim ini.

Rekod 150 perlawanan tanpa kalah Jose Mourinho akhirnya lebur kepada Gijon semenjak 23 Februari 2002 dimana ketika itu beliau membimbing FC Porto yang tewas kepada SC Beira-Mar 3-2. Selepas meninggalkan Porto beliau mengekalkan rekod tanpa kalah bersama Chelsea dari 2004 hingga 2007 dan Inter Milan 2008-2010.

Ini kali pertama Real Madid semenjak 1999/2000 berjaya bersaing dalam tiga kejuaraan iaitu perebutan La Liga, Liga Juara-Juara dan Copa del Rey.

Karim Benzema berjaya menjaringkan gol setiap perlawanan untuk Real dengan lapan gol.

Real Madrid akan menentang Barcelona di final Copa dey Rel pada 20 April 2011 di Mestalla.

Undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 18 March 2011 10:16 pm

Penyandang juara, Inter Milan diundi bertemu FC Schalke 04 dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011 yang dilakukan petang tadi. Inter membuat keajaiban untuk menafikan Bayern Munich pada aksi 16 pasukan apabila bangkit dari ketinggalan 3-1 aggregat sebelum berjaya mengikat aggregate 3-3 dan layak mengikut peraturan gol tempat lawan. Schalke pernah menewaskan Inter pada aksi final piala EUFA 1997.

Dua kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan Chelsea akan berentap sesame sendiri. Pasukan Sir Alex Ferguson menafikan kejuaraan sulung Chelsea tiga tahun lalu melalui sepakan penalti dan kali ini The Blues berpeluang untuk membalas dendam. Ketika ini Manchester United mendahului liga Sembilan mata mengatasi Chelsea.

Juara Sembilan kali, Real Madrid akan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir pertama semenjak 2003/2004. ‘Doa’ Ronaldo dan hajat Messi untuk bertemu sesama sendiri  mungkin tercapai jikalau Barcelona dan Real mampu mengatasi lawan masing-masing. Barcelona diundi untuk bertemu ‘pembunuh gergasi’ Shakhtar Donetsk.

Bola rasmi perlawanan akhir liga juara-juara diperkenalkan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 4 March 2011 2:14 am

Adidas telah melancarkan  bola rasmi bagi perlawanan akhir liga juara-juara 2011 yang akan berlangsung di Stadium Wembley 28 Mei nanti. Wembley sekali lagi menjadi gelanggang pilihan setelah kali terakhir menjadi gelanggang akhir 19 tahun lalu. Stadium Wembley sudah enam kali terpilih bagi perlawanan akhir bolasepak paling berprestij di Eropah ini.

Dalam majlis pelancaran bola baru itu, Adidas dan UEFA menjemput tiga wakil dari kelab liga Inggeris, Arsenal, Spurs dan Chelsea yang diwakili oleh pemain-pemain mereka iaitu, Samir Nasri, Defoe dan Kalou.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Kalou berharap mereka dapat bertemu Arsenal pada perlawanan akhir kerana mereka sudah biasa dengan permainan Arsenal. Samir Nasri pula beliau suka kepada rekabentuk bola baru ini kerana ianya mempunyai warna merah putih dan warna tersebut merupakan warna utama The Gunners.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz