Juara Liga-Liga sekitar Eropah 2010/2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 30 May 2011 7:31 pm

Liga Juara-Juara: Barcelona

Juara Liga Europa: Porto

Liga Sepanyol: Barcelona

EPL: Manchester United

Serie A: AC Milan

Liga Belanda: Ajax Amsterdam

Liga Jerman: Borussia Dortmund

Liga Perancis: Lille

Real Madrid ‘ajar’ Lyon bermain bolasepak

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 17 March 2011 5:50 am

Hugo Lloris menjadi pemain paling sibuk separuh masa pertama apabila asakan bertali arus Real Madrid semenjak sepak mula dalam kesungguhan mereka untuk melepasi badi Lyon pada musim ini. Tiga kali mereka terkandas kepada Lyon. Minit pertama lagi mereka sudah mendapat sepakan percuma pada jarak 30 ela apabila Ronaldo dijatuhkan namun sepakan percuma yang diambil sendiri oleh Ronaldo tinggi melepasi palang.

Asakan mereka sekali nyaris menghasilkan gol melalui tandukan Marcelo yang diselamatkan oleh pertahanan Lyon di mana Lloris sudahpun tertewas dan percubaan susulan beliau sipi ke sisi gol. Seminit kemudian tandukan Khedira terkena tiang namun beliau lebih awal dikesan melakukan kesalahan apabila mengasak penjaga gol Lyon,LLoris.

Lyon cuba membuat serangan balas dan mereka nyaris mendapatkan gol apabila tendangan Cesar Delgado ditepis Cassilas. Minit ke 26 Real Madrid sekali lagi nyaris mendapat gol pembukaan namun LLoris sekali lagi tampil cemerlang untuk menafikan cubaan Ronaldo.

Stadium Barnebeu akhirnya bergema juga dengan sorakan penyokong-penyokong mereka apabila gerakan satu dua Marcello dan Ronaldo menghasilkan gol . Gol cantik dari Marcelo minit ke 36 itu hasil gerakan menarik Marcello yang berjaya memperdayakan dua pertahanan Lyon dan melepaskan rembatan melepasi jangkauan LLoris. Bola menerjah jaring walaupun LLoris sempat menepis. Dua percubaan susulan Benzema minit ke 40 dan 41 nyaris memberikan gol kedua Real Madrid namun salah satunya dibatalkan kerana Benzema sudah dikesan berada dalam kedudukan offside.

Memasuki babak kedua tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan Lyon apabila terus membenarkan Real Madrid ‘bermain bola’.  Minit ke 66 Real Madrid mendapat gol kedua melalui Karim Benzema yang melepasi halangan pertahanan Lyon dan mudah menolak masuk melalui celah Lloris.

Di Maria menambah luka dalam malam serba tidak menjadi Lyon apabila menjaringkan gol ketiga apabila tandukan kebelakang Ozil Berjaya mengelirukan pertahanan dan Maria tidak mengsia-siakan peluang untuk melambung bola melepasi LLoris.

Real Madrid akhirnya melepasi ‘badi’ Lyon dan berjaya mara ke suku akhir melalui kemenangan aggregate 4-1.

Sementara itu Chelsea juga layak walaupun terikat tanpa jaringan setelah mereka menang pada perlawanan pertama 2-0 mengatasi København.

Liga Juara-Juara – MU, Inter layak ke suku akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 16 March 2011 11:24 am

Hernandez menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester tewaskan Marseille.

Javier Hernández menjaringkan gol disetiap babak untuk membawa tuan rumah ke suku akhir kelima berturut-turut manakala Brown pula menghadiahkan gol sendiri lewat permainan untuk menjadikan kedudukan 2-1. Hernandez menjaringkan gol seawall minit kelima dan minit ke 75 manakala Marseille memperolehi gol melalui jaringan sendiri Brown minit ke 82. Dalam usaha mengeluarkan sepakan sudut Mathieu Valbuena Brown tertanduk ke gawang sendiri.

Walaupun dilanda masalah kecederaan dan jadual yang padat, Manchester United tetap mempamerkan aksi bertenaga untuk mengecewakan Olympique de Marseille bimbingan bekas bintang Perancis,  Didier Deschamps. Deschamps pasti meratapi kekecewaan apabila anak buahnya gagal mengutip peluang terbaik apabila mereka juga mempunyai deretan peluang dalam perlawanan itu.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Inter Milan bangkit untuk mencipta kejutan di Bayern Munich. Mereka menang 3-2 untuk menjadikan aggregat 3-3 tapi layak berdasarkan kiraan gol tempat lawan. Goran Pandev menjadi wira Inter apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke 88 untuk membawa pasukannya ke pusingan suku akhir. Gol tersebut adalah hasil lorongan cantik Eto’o kepada Pandev yang tidak dikawal untuk merembat deras mencecah jaring.

Inter mendahului melalui Eto’o minit ke empat lagi namun Bayern bangkit untuk menjaringkan dua gol pada minit ke 21 dan 31 melalui Gomez dan Muller. Inter menyamakan kedudukan melalui Sneidjer yang membuat rembatan dari luar kotak penalti minit ke 63 sebelum Pandev menemui gawang untuk menafikan sekali lagi Bayern Munich yang mereka tewaskan pada aksi final musim lalu.

Liga Juara-Juara – Sneidjer laungkan keyakinan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 15 March 2011 12:39 pm

Penyerang Inter Milam, Wesley Sneijder percaya pasukannya masih mempunyai masa untuk melangkah  ke suku akhir menjelang pertembungan dengan Bayern Munich awal pagi esok. Pemain antarabangsa Belanda itu mendesak rakan seperjuangannya untuk menunjukkan keyakinan dalam perlawanan kedua itu nanti. Beliau melaungkan nada yakin dan masih ada 90 minit lagi untuk mereka dan beliau dan rakan-rakannya berada di Munich untuk menang dan mara ke suku akhir bagi mempertahankan gelaran juara musim lalu.

Bayern Munich sedar semangat Inter Milan itu namun mereka juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Hamburger dalam liga sabtu lalu. Bayern menang 6-0 dan ini sedikit meresahkan Inter Milan walaupun Inter menewaskan Bayern dalam final musim lalu. Perlawanan kali ini nyata berbeza. Namun demikian Sneijder jelas tidak terpengaruh dengan kemenangan besar Bayern itu. “ Saya tidak memikirkan tentang Bayern tapi lebih berfikir untuk Milan”, dan saya ingin katakana bahawa kami dalam keadaan sangat baik”. Kelas pemain Inter itu lagi.

Inter menandatangani pertahanan antarabangsa Jepun, Yuto Nagatomo secara pinjaman dari AC Cesena dan akan membuat penampilannya malam ini jika Lucio gagal pulih dari kecederaan pada waktunya. Bercakap mengenai Tsunami yang melanda Jepun beliau turut merasa sedih apatah lagi mempunyai rakan dalam pasukan Inter. “ Kami akan membantunya sebaik mungkin dalam keadaan yang menyedihkan ini”.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Manchester United menerima kunjugan Marseille

Liga Juara-Juara – Guardiola janji ‘bedil’ Arsenal

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 8 March 2011 11:35 am

Menjelang perlawanan kedua di Nou Camp, jurulatih Barcelona berjanji skuadnya akan menyerang habis-habisan ke atas Arsenal malam ini. Barcelona kini ketinggalan dengan defisit 1-2 kepada Arsenal.  Dengan kekalahan mereka di London pemain-pemain Barcelona berjanji memberikan persembahan mutlak apatah lagi mereka kini dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

Menurut Guardiola beliau melihat Nicklas Bendtner sebagai pemain yang perlu diawasi kerana Bendtner pemain yang berkualiti. Begitu juga dengan Maroune Chamakh dan van Persie merupakan pemain-pemain hebat The Gunners. “ Kami perlu menyerang dengan lebih berhati-hati kerana Arsenal boleh membuat serangan balas pantas. Mereka mempunyai pemain sayap yang berkualiti dan pantas” tambah beliau lagi.

“Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang rapuh. Mereka bersaing dalam perebutan liga Inggeris dan setiap musim mereka sentiasa lakukan yang bagus dalam aksi liga juara-juara ini. Fakta bahawa mereka berada di atas setiap musim bererti mereka adalah pasukan yang bagus. Kami akan menyerang dan anda boleh yakin yang kami akan cuba untuk menang. Sasaran kami adalah untuk mengalahkan mereka dan ianya satu-satu perkara yang penting dalam perlawanan ini”. Guaordiola.

Sementara itu, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yakin dengan tahap pemain-pemainnya walaupun Wilshere masih samar-samar untuk diturunkan atau tidak setelah pemain itu mengalami kecederaan dalam aksi liga menentang Sunderland.

“ Jika anda bertanya kepada setiap pemain kami, mereka akan memberikan ‘hidupnya’ untuk memenangi perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai falsafa yang sama dan keduanya ingin menang. Kita lihat bagaimana kami boleh lakukan untuk melepasi tekanan dari Barcelona”. Arsene Wenger.

Bola rasmi perlawanan akhir liga juara-juara diperkenalkan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 4 March 2011 2:14 am

Adidas telah melancarkan  bola rasmi bagi perlawanan akhir liga juara-juara 2011 yang akan berlangsung di Stadium Wembley 28 Mei nanti. Wembley sekali lagi menjadi gelanggang pilihan setelah kali terakhir menjadi gelanggang akhir 19 tahun lalu. Stadium Wembley sudah enam kali terpilih bagi perlawanan akhir bolasepak paling berprestij di Eropah ini.

Dalam majlis pelancaran bola baru itu, Adidas dan UEFA menjemput tiga wakil dari kelab liga Inggeris, Arsenal, Spurs dan Chelsea yang diwakili oleh pemain-pemain mereka iaitu, Samir Nasri, Defoe dan Kalou.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Kalou berharap mereka dapat bertemu Arsenal pada perlawanan akhir kerana mereka sudah biasa dengan permainan Arsenal. Samir Nasri pula beliau suka kepada rekabentuk bola baru ini kerana ianya mempunyai warna merah putih dan warna tersebut merupakan warna utama The Gunners.

Liga Juara-Juara – Perlawanan 23 Februari 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 24 February 2011 2:49 pm

Mario Gomez memberikan gol penting untuk Bayern Munich dalam kemenangan ditempat lawan.  Beliau menjaringkan gol pada minit ke 90 untuk membawa bekalan selesa ke Munich. Gol berpunca dari rembatan Robben yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga Gol Inter, Julio Cesar. Kemenangan manis ini adalah balasan bagi kekalahan mereka pada final di Madrid sembilan bulan yang lalu.

“Ini adalah permainan yang sangat baik, sangat menarik dan semua orang gembira dengan permainan kami. Tentu saja kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana kami menjaringkan gol ditempat lawan, tetapi Inter mempunyai banyak kualitidan mereka juga boleh menjaringkan gol di Munich nanti”. Vaan Gaal.

Sementara itu Marseille berjaya mengekang Manchester United bagi berkongsi perlawanan tanpa jaringan di Stade Vélodrome.

Timbal balik kedua akan berlangsung dari 08-16 Mac 2011.

Liga Juara-Juara – Perlawanan 22 Februari 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 22 February 2011 2:05 pm

Dua perlawanan akan berlangsung awal pagi nanti. Chelsea akan bertandang ke København, kelab dari Dernmark. Bekas pemain Chelsea, Jesper Grønkjær berkata, sesuatu yang istimewa untuk menentang kelab dari London itu dan yakin juara Denmark itu boleh mengatasi mereka.

FCK menjadi kelab pertama dari Denmark melepasi fasa kumpulan apabila menewaskan  Panathinaikos FC 3-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan. Grønkjær, merupakan bekas pemain Chelsea untuk musim 2000 hingga 2004 dan kenangan menarik di Stamford Briedge masih terpahat dalam pemain berusia 33 tahun itu. Ditanya dengan undian bertemu bekas kelabnya, beliau melahirkan perasaan bercampur-campur dan teruja bagi menghadapi bekas kelab lamanya itu.

“ Bagai mimpi menjadi nyata untuk kembali ke England. Kami selalu menonton Premier League setiap sabtu di Denmark dan setiap orang pasti ingin ke Premier League”. Katanya.

Dalam satu lagi perlawanan awal pagi nanti, dua seteru utama dalam kancah Liga Juara-Juara, Real Madrid akan sekali lagi bertemu dengan seteru utama mereka Lyon. Real yang sentiasa gagal menewaskan Lyon berharap dapat menamatkan badi kekalahan tersebut. Rekod pertemuan selalunya memihak kepada kelab dari Perancis itu dan Real kalah dalam tiga pertemuan terakhir di Lyon termasuk saingan peringkat 16 pasukan tahun lalu. Dalam pertemuan itu Lyon menang di Stade de Gerland 1-0 dan mereka seri satu sama di Santiago Bernabéu.

Pemain pertahanan Real, Carvalho akan turun membantu kelab itu melepasi pusingan KO ini. “ Kami tahu akan kepentingan perlawanan ini untuk kelab dan pemain” kata pemain berusia 32 tahun dari Portugal itu. “ Kami akan cuba menjaringkan gol dan dapatkan keputusan yang sebaik mungkin sebelum aksi timbal balik nanti”.

Carvalho sekurang-kurangnya tahu bagaimana untuk menewaskan Lyon kerana beliau pernah membantu FC Porto dalam perlawanan suku akhir musim 2003/2004 juga dibawah pimpinan Mourinho dimana Porto menjulang piala berprestij itu. “ Ianya masih saat terindah dalam karier saya”. Tambahnya lagi.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz