Spanish Super Cup – Real 2, Barca 2

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 15 August 2011 9:19 am

Real Madrid dan Barcelona berkongsi jaringan dalam perlawanan pertama Spanish Super Cup apabila kedua-dua pasukan seri dua sama. Gol Real Madrid dijaringkan oleh Metsu Ozil dan Xabi Alonso manakala gol Barcelona pula dijaringkan oleh David Villa dan Messi.

Perlawanan kedua akan berlangsung rabu nanti ( 17 Ogos 2011).

Barcelona sahkan kejuaraan

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 12 May 2011 10:26 pm

Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga buat kali ketiga berturut-turut setelah seri satu sama denganLevante. Dengan baki dua lagi perlawanan Barcelona mengesahkan kejuaraan untuk kali ke 21. Manakala Ronaldo hampir pasti menjadi penjaring terbanyak liga musim ini dengan 36 gol mengatasi Messi dengan 31 gol.

Real Madrid mengamuk di Sevilla

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 8 May 2011 11:15 am

Lapan gol terhasil dalam perlawanan membabitkan Sevilla menentang Real Madrid. Real Madrid yang masih lagi dalam keadaan kecewa kerana gagal melangkan ke perlawanan akhir dan tewas dalam aksi liga minggu lalu tampil garang untuk membenam Sevilla 6-2.

Ronaldo ‘mengamuk’ dengan empat gol pada minit 31, 65, 70 dan 75. Sebelum itu Sergio Ramos meletakkan skuad serba putih itu didepan pada minit ke 21 melalui tandukan melalui sepakan sudut yang diambil oleh Ozil. Dengan empat gol yang dihasilkan, Ronaldo kini mendahului carta penjaring terbanyak dengan 33 gol, 2 gol mengatasi Messi. ” Kami mahu menang tiga lagi baki perlawanan yang ada” Ronaldo. Ronaldo menjaring hatrik kelimanya musim ini.

Negredo menjaringkan dua gol untuk Sevilla manakala satu lagi gol Real Madrid dijaringkan oleh Kaka.

La Liga- Barcelona tercicir mata

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 14 March 2011 10:09 am

Pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona sekadar mencatat keputusan seri dengan tuan rumah, Sevilla. Keputusan seri ini merpakan keputusan seri yang ketiga untuk Barcelona musim ini. Barcelona kini mendahului liga dengan lima mata di depan Real Madrid.

Barcelona mendahului perlawanan melalui gol dari Bojan Krkić minit ke 30. Sevilla menyamakan kedudukan melalui Jesús Navas minit ke 49.

Dalam pada itu, jurulatih Barcelona mengkritik mutu pengadilan pada perlawanan itu, Miguel Lasa. Pengadil itu tidak menghadiahkan penalti apabila Bojan dijatuhkan dalam kotak penalti manakala gol Messi pada separuh masa pertama juga dibatalkan oleh pengadil tersebut.

“ Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan cara kami bermain. Kami sentiasa berusaha untuk mengawal permainan, tapi kadang-kadang anda akan menghadapi lawan yang kuat. Kami tidak tewas dan kami tidak pernah berhenti berusaha” Pep Guardiola

La Liga – Barcelona sekadar seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 13 February 2011 4:39 pm

Real Sporting de Gijón menyekat rentetan 16 kali kemenangan Barcelona apabila berjaya mengekang pendahulu La Liga itu dengan keputusan seri satu sama.

David Barral memberikan Sporting gol permulaan hanya dalam tempoh 16 minit perlawanan selepas berjaya menewaskan Gerard Pique dan Gabriel Milito sebelum merembat menewaskan Valdes. David Villa menyelamatkan maruah Barcelona dari diaibkan kelab bawahan itu apabila menyamakan kedudukan pada minit ke 80.Real Madrid boleh menjarakkan kedudukan kepada  lima mata jikalau mereka berjaya menumpaskan Espanyol malam ini di Espanyol.Keputusan seri ini adalah kali kedua buat Barcelona setelah mereka meraih keputusan yang sama 03 Oktober lalu dengan Mallorca.

Keputusan lain:

La Liga – fakta ringkas

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 29 January 2011 1:10 am

Sepanyol muncul juara baru piala dunia FIFA 2010 setelah menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Iniesta yang bermain untuk Barcelona. Tidak lengkap rasanya jika kita tidak review sedikit sebanyak info mengenai liga Sepanyol ataupun lebih dikenali sebagai La Liga. Berikut adalah fakta-fakta menarik yang diambil dari la Liga untuk musim 2010/2011.

1. Penonton paling ramai: 98,000 – Barcelona vs Real Madrid.

2. Penonton paling sedikit: 6,000 – Getafe v Real Zaragoza

3. Purata setiap perlawanan: 28,876.

4. Jumlah keseluruhan penonton: 5,746,395

5. Kemenangan besar tuan rumah: Barcelona 5-0 Real Madrid, Real Madrid 6-1 Deportivo La Coruña, Barcelona 5-0 Sevilla FC, Barcelona 5-0 Real Sociedad, Real Madrid 6-1 Racing Santander.

6. Kekalah besar tuan rumah: Almeria 0-8 Barcelona

7. Kemenangan berturut-turut: Barcelona 14 perlawanan

8. Kekalahan berturut-turut: Sevilla FC, 11 perlawanan

9. Kemenangan dengan 1- 0: 73 perlawanan.

10. Kemenangan terbanyak: Barcelona 18 perlawanan

11. Kekalahan paling sikit: Barcelona, Real Madrid 1 perlawanan

12. Pasukan paling banyak kalah: Málaga 13 perlawanan

13. Pasukan paling sedikit seri: Barcelona , Espanyol, Real Sociedad

14. Jaringan paling banyak: Barcelona 64 gol

15. Jaringan paling sedikit: Deportivo La Coruña, Racing Santander 15 gol

16. Penjaring terbanyak: Ronaldo, Real Madrid 22 gol

17. Pemain paling banyak dikenakan kad: Alberto Botía , Sporting Gijon – 9 kad kuning 1 merah

Liga Sepanyol – Barcelona gah dipuncak, Real mengekori

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 13 December 2010 6:40 pm

Perebutan takhta La Liga terus hangat antara dua musuh tradisi apabila kedua-dua pasukan menang ke atas pencabar masing-masing. Barcelona terus dipuncak apabila mudah meratah Real Sociedad 5 0 di mana dua gol dijaringkan bintang Argentina, Messi untuk berkongsi 17 gol senarai penjaring dengan Ronaldo. Pesaing terdekat, Real Madrid terus mengekori dengan dua mata apabila berjaya mengatasi kelab tercorot, Zaragoza 3-1 melalui jaringan Ozil, Ronaldo dan De Maria.

Barcelona mendahului pada minit ke 9’ hasil jaringan David. Messi 47’, 87’Bojan 90’hasil jaringan XX dan gol kedua menyusul pada minit ke 33’ hasil jaringan Iniesta. Barcelona terus memadamkan cabaran lawannya apabila terus menambah gol ketiga pada minit ke 47, jaringan Messi. Real Sociedad terus sengsara apabila Messi sekali lagi menemui jaring untuk gol ke 2 peribadi pada perlawanan tersebut pada minit ke 87.. Sociedad terus dirundum malang apabila Bojan melengkapkan malam gemilang Barca untuk gol ke 5 pada minit 90’ untuk menutup terus cabaran Real Sociedad.

Barcelona baru saja disuntik modal besar dari Badan Amal dari Qatar dengan nilai yang mencecah 170 juta euro bagi tajaan 5 tahun yang merupakan tajaan terbesar bagi sebuah kelab sukan.

Real Madrid terus mengekori rapat Barcelona setelah berjaya menewaskan Real Zaragoza 3-1. Real yang tumpas kepada Barcelona 5 0 dalam pertembungan El-Clasico 2 minggu lepas meneruskan rentak cemerlang apabila meraih mata penting itu untuk memastikan mereka tidak tercicir jauh dari kelab dari Catalan itu.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz