Kijang Baham Singa

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Saturday 5 May 2012 9:41 am

Jadual yang padat tidak menghalang finalis piala FA, Kelantan untuk membenam LionsXII di Kota Bharu malam tadi. Tiga gol dalam tempoh 20 minit terakhir memberikan tiga mata penuh buat skuad The Red Warriors dan memotong jarak dengan pendahulu liga itu kepada dua mata. Kelantan juga masih mempunyai tiga perlawanan kurang daripada Singapura.

Kelantan dihadiahkan sepakan penalty pada minit keempat lagi namun Norshahrul gagal memanfaatkannya. Perlawanan menarik disajikan kedua-dua pasukan dengan hantaran dan corak permainan kemas. Singapura juga nyaris mendapat gol awal namun Khairul Fahmi bertindak pantas untuk menafikan gawangnya dibolosi.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan biarpun kedua-dua pasukan saling mengasak.

Bersambung babak kedua, perlawanan sedikit perlahan dan nampak akan berkesudahan seri tanpa jaringan. Kemasukan Indra yang menggantikan Nurul Azwan Roya memberi sedikit aksi berbeza apabila corak serangan mula berbeza. Gol kelantan hadir juga pada minit ke 73 apabila bola hantaran Norshahrul Idlan disudahkan dengan sepakan gunting oleh S Chanthuru. Norfarhan menambah gol Kelantan empat minit kemudian hasil gerakan cantik melalui hantaran mengelirukan Badri.

Kelantan melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-85 menerusi jaringan Rizal Fahmi Abdul Rosid melalui rembatan padu dari luar kota penalti.

Keputusan perlawanan lain:

Terengganu 2 – perak 2

Sabah 1 – Felda United 0.

Sarawak didenda RM75,500

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Saturday 28 April 2012 1:28 pm

Hukuman kali kedua oleh FAM dalam tempoh seminggu

KANTUNG Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembung, semalam – terima kasih kepada ‘bencana ciptaan Sarawak’ yang derita terpaksa membayar denda lagi – kali ini RM46,000 membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan ketika menentang Kelantan dalam Liga Super pada 7 April lalu.

Episod ini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ selepas hanya seminggu lalu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dipalit hukuman denda RM29,500 gara-gara kesalahan sama ketika menentang Lions XII pada 17 Mac lalu.

Tambah perit, Robert Alberts dan anak didiknya dari skuad Bujang Senang terpaksa beraksi empat perlawanan di Stadium Negeri, Kuching tanpa kehadiran penonton berkuatkuasa serta merta.

Irfan lega Selangor dapat rentak

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Thursday 16 February 2012 9:27 am

KEYAKINAN jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim bahawa anak-anak buahnya akan bangkit ketika bertemu Kelantan terbukti apabila mereka berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super itu dengan kemenangan 2-1, malam kelmarin.

“Sebelum ini kami sudah pecahkan badi bertemu T-Team dan kali ini pemain bertekad untuk tak tewas lagi kepada Kelantan terutama apabila mereka tak dapat lupakan detik dibelasah 1-5, tahun lalu.

“Selain itu, kehadiran Bosko Balaban yang baru mendapat ITC menyerikan lagi corak permainan Selangor dan boleh saya katakan masalah penyerang sudah pun selesai,” kata Irfan ketika ditemui selepas aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

Selangor gagal menewaskan Kelantan sepanjang musim 2010 dan 2011 selepas kali terakhir mereka berjaya melakukannya pada aksi Liga Super 2009 dan final Piala FA 2009.

Safiq Rahim meledak gol pertama Selangor pada minit ke-46 sebelum Balaban, bekas penyerang kebangsaan Croatia melakukan penyudah kemas gol kedua pada minit ke-74. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S Subramaniam pada masa kecederaan.

Selepas bertemu Shahzan Muda untuk pusingan pertama Piala FA di Stadium Temerloh, Sabtu ini, aksi Liga Super seterusnya hanya akan berlangsung 2 Mac ini, bertemu Kedah di Alor Setar.

“Balaban hampir 10 bulan tak beraksi bersama kelab lamanya dan dia perlukan lebih aksi kompetitif untuk merancakkan lagi permainannya,” katanya. Jadi dua aksi persahabatan dirancang sepanjang tempoh rehat liga nanti,” jelas Irfan.

sumber: bharian online

Rekod Kelantan lebur di Bukit Jalil

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 15 February 2012 9:38 am

Rekod tujuh perlawanan Kelantan lebur ditangan Selangor apabila mereka tumpas di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Dua gol dari Safiq dan pemain import mereka , Balaban memberikan tiga mata berharga buat Selangor yang bergelut dengan prestasi hambar sebelum ini. Kesungguhan mereka untuk menang terbukti apabila mengasak semenjak wisel pertama lagi. Gol Safiq hadir seminit selepas babak kedua bersambung dan Safiq terus cemerlang apabila membuat hantaran baik untuk disudahkan Balaban.

Tewas 1-2 ditangan Selangor masih belum menggugat kedudukan Kelantan dipuncak liga apabila pencabar terdekat, Perak turut dikejutkan apabila tewas kepada Lions XII di laman sendiri. Terengganu juga turut hampa apabila mereka sekadar seri dengan Kedah 1-1.

Kekalahan ini turut menimbulkan isu yang mengatakan Buttler tidak tahu menahu akan awang import baru mereka dan ini semakin menguatkan spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan skuad The Red Warriors tersebut yang mempunyai penyokong yang fanatik dan kekalahan pertama itu seakan sukar diterima mereka apabila berada dipuncak prestasi.

Keputusan penuh perlawanan 14 Februari:

Liga Super – Perlawanan 14 Februari 2012

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Tuesday 14 February 2012 9:51 am

Jadual perlawanan liga super bagi perlawanan kelapan.

Yob rampas takhta liga

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Thursday 9 February 2012 9:29 am

Perak berjaya menafaatkan beraksi digelanggang sendiri biarpun menang tipis ke atas Sarawak 2-1. Pemain import dari Serbia, Michal Kubala terus menunjukkan taring dengan jaringan ketiga musim ini dan  melonjakkan Perak ke puncak liga selepas pendahulu liga, Kelantan seri tanpa jaringan di Sabah. Terengganu yang turut berpeluang mendahului liga juga gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar meraih seri satu sama dengan PKNS di Kuala Terengganu.

 Keputusan penuh perlawanan:

Kedudukan liga setelah enam perlawanan

Perebutan kasut emas 2 penyerang

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 6 July 2011 1:58 pm

Dua penyerang negara yang bergandingan bersama dalam aksi bertemu Taiwan dalam kelayakan piala dunia lalu

akan sama-sama bersaing bagi merebut anugerah kasut emas. Norshahrul Idlan Talaha kini mendahului dengan 16 jaringan diikuti oleh Abdul Hadi Yahya dengan 15 koleksi jaringan.

Sudah pasti kedua-duanya akn cuba mencari gol bagi menambah koleksi jaringan dan membantu pasukan masing-masing mencapai kemenangan bagi merebut kejuaraan liga. Kelantan yang kini mendahului carta dilihat berpeluang cerah merangkul takhta liga buat pertama kali sambil diekori oleh Selangor dan terengganu. Ketiga-tiga pasukan masih berpeluang merebut kejuaraan anda ada pasukan yang tewas malam ini.

“Jika saya menang kedua-duanya (Liga Super dan kasut emas) malam esok (malam ini), ia adalah ubat paling mujarab untuk mengubati kekecewaan tewas pada final Piala FA lalu. Saya yakin rakan sepasukan juga mengerti betapa penting perlawanan malam esok (malam ini) bagi menebus kekecewaan tewas kepada Terengganu di Bukit Jalil, “ Mat Yo”

Kelantan tebus kekecewaan, Selangor Terengganu terus ekori

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 15 June 2011 11:26 am

gambar: kelate.net

Kelantan selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan liga pertama selepas pasukan bimbingan Dato Karathu itu berjaya menewaskan Perak 1-0. Gol sumbangan Norshahrul Idlan Talaha itu memberikan mata berharga bagi merealisasikan impian pasukan The Red Warriors itu setelah gagal merangkul gelaran pertama Piala FA lalu.

Perlawanan terakhir bertemu Sabah akan menentukan adakah skuad dari Pantai Timur itu bakal dinobatkan juara baru liga bolasepak tempatan. Satu mata mungkin sudah mengcukupi memandangkan mereka mempunyai perbezaan jaringan yang agak besar.

Dalam perlawanan malam tadi, Norshahrul Idlan gagal menyempurnakan penalty namun beliau akhirnya berjaya menebus kesilapan itu apabila membuat rembatan separa volley untuk menewaskan penjaga gol Perak pada minit ke 53. Daudsu memainkan peranan dalam gol tersebut apabila membuat hantaran cantik kepada Norshahrul.

Keletihan jelas terpancar pada aksi skuad Kijang apabila menampilkan aksi yang sederhana saja namun demikian masih berjaya mengusai perlawanan dengan menyaksikan banyak peluang terbaik dilepaskan begitu saja. Penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan tidak banyak diuji dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu Selangor dan Terengganu terus memberi tekanan kepada Kelantan apabila masing-masing turut mencatat kemenangan penting ke atas lawan masing semalam.

Perlawanan terakhir liga akan dilangsungkan pada 6 Julai nanti.

Liga Super Malaysia – Keputusan 09 April 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Sunday 10 April 2011 10:57 am

Kedudukan liga selepas 10 perlawanan

Liga Super – Selangor bangkit tewaskan Rusa

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Sunday 13 March 2011 9:50 am

Selangor membawa pulang tiga mata penuh apabila menumpaskan tuan rumah Negeri  Sembilan 2-1. Perlawanan yang agak seimbang di Paroi itu menyaksikan anak buah K. Devan bangkit dari ketinggalan 1-0 babak pertama untuk menang.

Babak pertama menyaksikan penguasaan penuh Negeri Sembilan. Asakan bertali arus sejak sepak mula menghasilkan gol apabila Kunalan di jatuhkan penjaga gol Selangor, Iqbal. Shahurain tidak mengecewakan apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Iqbal minit ke 11.

Sebelum itu pada minit ke 7 Hairuddin Omar terlepas peluang terbaik untuk hasilkan gol namun tandukannya sedikit tersasar. Selangor berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui Fadhli Shaari tetapi gol itu tidak dikira kerana pengadil mendakwa Fadhli dalam keadaan offside.

Babak pertama menyaksikan Negeri Sembilan menguasai permainan dan mereka nyaris mendapat gol kedua tetapi rembatan dari luar kotak penalti minit ke 45 Kunalan terkena tiang gol. Seminit selepas itu Hairuddin sekali terlepas peluang apabila tandukannya sekali lagi tersasar.

Masuk babak kedua Selangor mengemaskan permainan dan minit ke 61 Amri bijak membuat tendangan mengelirukan apabila berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Faizal Marlias. Lorongan cantik dari Safiq Berjaya disambut kemas untuk gol semangat kepada pemain-pemain Selangor.

Safiq, yang dipilih pemain terbaik perlawanan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat kem Negeri Sembilan apabila menanduk cantik untuk gol kedua negeri Sembilan minit 78.

Sementara itu Pahang berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan apabila menumpaskan pendahulu liga itu 2-0. Kekalahan ini merupakanan kekalahan pertama Skuad Kijang itu namun demikian masih kekal sebagai pendahulu liga.

Lain-lain keputusan.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz