Arsenal sudah boleh lupakan takhta liga

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 25 April 2011 1:35 pm

Secara logiknya Arsenal sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga apabila sekali lagi gagal meraih mata setelah tewas kepada Bolton 2-1. Dengan kedudukan Manchester United yang mendahului dengan sembilan mata adalah agak mustahil Arsenal untuk merampas takhta liga yang kini diterajui United dengan 74 mata diikuti oleh Chelsea 67 mata. Baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan lagi. Satu-satunya pasukan yang boleh mengugat Manchester hanyalah Chelsea kini.

Dalam perlawanan itu Arsenal terpaksa berputih mata dengan jaringan minit ke 90 Tamir Cohen. Pemain dari Israel itu menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan Wojciech Szczesny yang kemudiannya membuka baju yang mempamerkan gambar mendiang ayahnya yang meninggal akibat kemalangan motosikal Disember lalu.

Bolton mendahului Arsenal melalui jaringan Sturridge yang dipinjam dari Chelsea minit ke 37 sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 48. Bolton boleh menambah jaringan namun Kevin Davies gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 18 March 2011 10:16 pm

Penyandang juara, Inter Milan diundi bertemu FC Schalke 04 dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011 yang dilakukan petang tadi. Inter membuat keajaiban untuk menafikan Bayern Munich pada aksi 16 pasukan apabila bangkit dari ketinggalan 3-1 aggregat sebelum berjaya mengikat aggregate 3-3 dan layak mengikut peraturan gol tempat lawan. Schalke pernah menewaskan Inter pada aksi final piala EUFA 1997.

Dua kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan Chelsea akan berentap sesame sendiri. Pasukan Sir Alex Ferguson menafikan kejuaraan sulung Chelsea tiga tahun lalu melalui sepakan penalti dan kali ini The Blues berpeluang untuk membalas dendam. Ketika ini Manchester United mendahului liga Sembilan mata mengatasi Chelsea.

Juara Sembilan kali, Real Madrid akan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir pertama semenjak 2003/2004. ‘Doa’ Ronaldo dan hajat Messi untuk bertemu sesama sendiri  mungkin tercapai jikalau Barcelona dan Real mampu mengatasi lawan masing-masing. Barcelona diundi untuk bertemu ‘pembunuh gergasi’ Shakhtar Donetsk.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz