Liga Juara – Juara – Perlawanan 13 & 14/09/2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 13 September 2011 4:48 pm

Perlawanan 13 September 2011

Perlawanan Persahabatan MU vs England New Revolution

Posted by admin | Barclays Premier League | Thursday 14 July 2011 2:13 pm

Federico macheda menerima ucapan tahniah dari rakan sepasukan, Owen setelah menjaringkan gol untuk manchester United. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gillette, Foxboro, Manchester menang 4-1 keatas England New Revolution. perlawanan itu sebahagian dari program cabaran bolasepak Herbalife 2011.

Nani tak akan tinggalkan Man United

Posted by admin | Barclays Premier League | Wednesday 29 June 2011 11:41 am

SINGAPURA: Pemain sayap Manchester United, Nani menegaskan dia ‘tidak akan ke mana-mana’ walaupun dengan kehadiran pemain antarabangsa England, Ashley Young ke Old Trafford.

Pemain Portugal berusia 24 tahun itu berkata dia akan bekerja keras mencari tempat dalam kesebelasan pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas Young berpindah ke kelab berkenaan dengan nilai AS$25 (RM75 juta), minggu lalu.

“Sudah pasti saya tidak akan ke mana-mana,” kata Nani kepada akhbar Straits Times semasa lawatan ke Singapura. “Saingan mencari tempat dalam pasukan akan bertambah hebat dan dengan kelab seperti United anda harus lebih waspada dan dahagakan lebih banyak trofi.”
Kehadiran Young sudah mencetus spekulasi mengenai masa depan Nani selepas dia dikaitkan dengan Real Madrid dan Inter Milan.

Pemain lincah itu berkata dia belum berbincang mengenai peranannya bagi musim baru dengan pengurus pasukan, Alex Ferguson yang kini dalam proses membina pasukan selepas tewas kepada Barcelona 3-1 dalam final Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.

“United mengerti apa yang baik untuk pasukan selepas mereka mendapatkan tandatangan Young,” kata Nani.

Paul Scholes bersara dari arenabolasepak

Posted by admin | Barclays Premier League | Tuesday 31 May 2011 7:50 pm

Bintang veteran Manchester United, Paul Scholes hari ini mengumumkan persaraan berkuatkuasa serta merta. Beliau akan menyertai barisan kejurulatihan untuk kelab yang diwakilinya sebanyak 676 kali sepanjang kariernya sebagai pemain. Pemain berusia 36 tahun ini membuat penampilan terakhir dalam kekalahan kepada Barcelona pada aksi final Liga Juara-Juara lalu.

Pemain tengah berbakat ini memenangi 10 kali juara liga, dua kali Liga Juara-Juara dan tiga kali FA Cups bersama The Red devils ini. Scholes menyarung jersi kebangsaan England sebanyak 66 kali dari tahun 1998 hingga 2002.

Ringkas – FA Cup England, MC 1 – MU 0

Posted by admin | Uncategorized | Sunday 17 April 2011 11:14 am

Piala FA – Manchester United singkirkan Arsenal

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 13 March 2011 10:18 am

Arsenal terus dirundum malang demi malang apabila sekali lagi tumpas kepada Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA. Awal musim mereka melaungkan keyakinan akan menggapai empat kejuaraan namun kini satu demi satu lebur. Mereka hanya tinggal kejuaraan liga untuk direbut.

Manchester United mendapat gol pertama melalui Fabio Da Silva minit ke 28 dand Wayne Rooney tiga minit memasuki babak kedua. Bos Arsenal, Arsene Wenger menyatakan mereka hilang keyakinan setelah tewas dua perlawanan besar, kalah kepada Barcelona pada aksi liga juara-juara dan kalah kepada Birmingham dalam final piala liga.

Arsenal yang juga juara 10 kali Piala FA hanya menang sekali dalam empat perlawanan terakhir mereka, menentang Leyton Orient di Emirates.

Arsenal menang mudah aksi Piala FA

Posted by admin | Uncategorized | Thursday 3 March 2011 11:15 am

Arsenal sudah melupakan kekecewaan terbesar mereka setakat ini apabila tunduk pada perlawanan akhir Piala Carling lalu. Kesilapan sendiri membuatkan mereka sekali lagi kempunan untuk menjulang piala semenjak 2005.

Bertindak balas dari kekecewaan itu Arsenal tidak memberi ruang langsung kepada skuad kerdil Leyton Orient untuk membuat sebarang kejutan ke atas kelab bergelar The Gunners itu. Arsenal menang mudah 5-0 dengan Nicklas Bendtner menjaringkan jatrick dalam perlawanan itu.

Kemenangan itu melayakkan Arsenal melangkah ke suku akhir untuk bertemu pendahulu liga, Manchester United. Satu lagi perlawanan yang sukar untuk skuad kendalian Arsene Wenger apatah lagi mereka akan berdepan dengan Barcelona selepas itu dalam aksi Liga Juara-Juara.

Gol pertama Arsenal terhasil melalui jaringan Maroune Chamakh hanya minit ke tujuh dan satu lagi gol Arsenal disumbangkan oleh Gael Clichy, gol pertama beliau semenjak November 2008.

Pengurus Leyton Orient, Russel Slade tetap bangga dengan pasukannya walaupun dibolosi lima kali. Slade juga turut berbangga dengan penyokong mereka yang tetap memberi sokongan. “ kami hanya 9000 orang malam ini, tapi mereka benar-benar menakjubkan dan mereka tetap berdiri dibelakang kami sehingga minit terakhir” Ulas Slade kepada wartawan selepas tamat perlawanan.

Pertemuan suku akhir lain menyaksikan Birmingham menentang Bolton, Stoke menentang West Ham dan Man City menentang Reading.

BPL – Arsenal, MU gigit jari

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 February 2011 11:21 pm

Ada drama di St James’ Park. Newcastle mencipta keajaiban untuk menghampakan Arsenal yang mendahului 4-0 sebelum mereka menyamakan kedudukan empat sama. Newcastle bangkit dengan empat gol berturut-turut hasil jaringan Barton minit ke 68 melalui sepakan penalty dan 83 juga melalui sepakan penalty. Best memberi gol kedua untuk pasukan berbaju belang itu minit ke 74 sebelum Tiote menyudahkan malam yang cukup manis dengan rembatan kencang minit ke 87. Rembatan menarik Cheik Tiote dari luar kotak penalti memadamkan terus tiga mata yang dicari Arsenal untuk mengejar pendahulu liga. Lebih manis buat pemain itu kerana jaringan penyamaan tersebut merupakan gol sulung beliau untuk Newcastle. Arsenal dan Manchester United kini dipisahkan dengan empat mata.

Arsenal gagal mempertahankan kedudukan kukuh mereka setelah selesa mendahului 26 minit perlawanan dengan empat gol. Gol mereka hadir seawal minit pertama hasil jaringan Theo Walcott dan Djourou minit ketiga. van Persie menjaringkan dua gol untuk The Gunners mendahului dengan empat kosong pada minit ke 10 dan 26.

Malapetaka menimpa The Gunners apabila pemain tengah mereka Abou Diaby dibuang padang dan Newcastle mengunakan kesempatan itu untuk menghukum mereka dengan empat gol.

Sementara itu impian Manchester United untuk menyamai rekod Arsenal yang tidak pernah tewas dalam saingan liga lebur apabila diaibkan kelab bawahan liga Wolverhampton. Mereka tewas 2-1. Nani membuka jaringan untuk Manchester seawal minit ke 3 lagi untuk memberi permulaan menyakinkan kepada barisan Sir Alex namun kegembiraan mereka tidak lama apabila pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan melalui tandukan Elokobi minit ke 10 dan Doyle menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke 39. Gol penyamaan The Reds Devil tidak muncul tiba walaupun deretan peluang terhidang pada separuh masa kedua..

Keputusan lain:

BPL -MU Spurs sekadar seri

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 17 January 2011 6:54 pm

Manchester United berjaya memanjangkan rekod tanpa kalah mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini kepada 21 perlawanan apabila pertemuan menarik pasukan teratas liga di White Hart Lane berkesudahan seri satu sama. Mempamerkan permainan menarik kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang untuk berpuas hati denagn satu mata.

United terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam 16 minit terakhir apabila Rafael dibuang padang untuk kesalahan kedua. Walaupun pertahanan dari Brazil itu dibuang padang namun United kekal bertahan untuk merampas kembali kedudukan liga mengatasi Manchester City dengan perbezaan gol. Rafael dikenakan dua kad kuning apabila menjatuhkan pertahanan Spurs,Benoit Assou-Ekotto dan sebelum itu beliau juga dilayangkan kad kuning apabila mengasari  Wilson Palacios . Keputusan pengadil mengundang rasa berang kepada pengurus United, Alex Ferguson

Tottenham yang berharap dapat menumpaskan United buat kali pertama semenjak Mei 2001 gagal memecah kebuntuan disebalik aksi yang menghiburkan dipamer oleh skuad Redknapp itu. dalam pada itu Wayne Rooney beberapa kali membuat percubaan menarik ke arah penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes namun berjaya digagalkan dan Rafael van der Vaart juga berjaya menguji Van Der Sar namun juga gagal memecah kebuntuan.

Keputusan seri itu menyaksikan Spurs berada ditangga kelima satu mata dibelakang Chelsea dengan 38 mata.
Pertemuan itu menyaksikan pemain veteran United, Ryan Giggs membuat penampilan ke 600 bersama United, hanya enam kali dibelakang legenda United Sir Bobby Charlton.

“Ianya sebuah perlawanan yang sukar. Tottenham sebuah pasukan yang cukup bagus tetapi mereka kurang membuat cubaan menentang kami. Satu keputusan yang layak untuk kami, jadi saya tidak boleh komplen apa-apa. Pertahanan kami juga bertindak baik dan seri keputusan yang adil bagi kami”. Sir Alex Ferguson, jurulatih Manchester United.

Keputusan lain menyaksikan Everton sekadar seri dua sama dengan Liverpool.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz