Anugerah ketiga Ballon D’or untuk Messi

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 10 January 2012 9:07 am

Penyerang licik Barcelona dan Argentina, Lionel Messi sekali lagi dianugerahkan anugerah tertinggi bolasepak apabila sekali lagi memenangi anugerah Ballon D’or buat kali ketiga berturut-turut. Messi menewaskan rakan sekelabnya Xavi dan penyerang Real, Ronaldo.

Penyerang itu diumumkan sebagai pemain terbaik dunia di Zurich menyertai lagenda Perancis, Zidane dan Ronaldo sebagai pemain yang pernah memenangi sebanyak tiga kali namun Messi mencatat rekod tersendiri apabila memenanginya secara berturut-turut untuk menjejaki rekod Platini.

Untuk rekod, pemain-pemain dari kelab Sepanyol memenangi sembilan kali dari sebelas tahun anugerah pemain terbaik mereka ialah Messi tiga kali, Ronaldinho dua, dan empat untuk pemain-pemain Real Madrid Luis Figo, Ronaldo, Zidane dan Fabio Cannavaro.

Jaringan tercantik pula dimenangi oleh penyerang Santos, Neymar

Ronaldo catat hatrik ketiga, Barcelona seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 23 October 2011 11:38 am

Cristiano Ronaldo mencatat hatrik ketiga dalam La Liga apabila membantu real Madrid menewaskan Malaga 4 0. Kemenangan itu memberikan mereka satu mata mengatasi Barcelona sebagai pendahulu liga yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla.

Sebelum itu Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam empat penampilan berturut-turut untuk Real Madrid apabila memecah kebuntuan pada minit ke 11 lagi. Sebelum Ronaldo mencetak hatrik bagi berkongsi penjaring terbanyak bersama Lionel Messi.

Copa America – Argentina seri lagi

Posted by admin | Copa America | Thursday 7 July 2011 2:23 pm

Aksi Copa Amereca kali ini terus memberi tamparan hebat buat pasukan tuan rumah, Argentina apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Colombia dalam aksi yang menarik berjaya dipamirkan oleh Colombia, menengelamkan barisan bintang Argentina di Santa Fe. Messi terus gagal menterjemahkan aksi beliau bersama skuad Barcelona dalam skuad Argentina. Perlawanan kedua dalam kumpulan B ini memberikan Argentina dan Colombia berkongsi dua mata selepas kedua-dua pasukan juga seri dalam perlawanan pertama masing-masing.

Dalam perlawanan itu, Colombia nyaris menewaskan tuan rumah apabila mereka mendapat dua peluang keemasan tapi gagal disudahkan barisan penyerang mereka, . Adrian Ramos dan Dayro Moreno.

LA LIGA – Ronaldo pecahkan rekod semusim

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 22 May 2011 2:43 pm

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak La Liga semusim apabila menjaringkan dua gol pada minit ke 39 dan 40 dalam perlawanan menetang Almeria yang berkesudahan Almeria dibelasah teruk 8-1. Adebayor menjaringkan hatrick dalam perlawanan ini.

Rekod ini menjadi penanda aras baru bagi penyerang-penyerang lain selepas ini setelah Ronaldo memecahkan rekod legenda Madrid, Hugo Sanchez bagi musim 1989-90 dan legenda Atheltic Bilbao Telmo Zarra yang menjaringkan 38 gol semusim pada 1959-1960.

Ronaldo yang menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan lepas sudah menjaringkan 53 gol untuk semua pertandingan namun demikian Real Madrid masih gagal memintas musuh utama, Barcelona dalam perebutan kejuaraan liga dan mereka juga kandas di separuh akhir kepada seteru utama mereka itu.

El Clasico – Penuh dengan drama

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 17 April 2011 11:16 am

Satu daripada empat perlawanan El Clasico menceritakan segalanya: Bolasepak terbaik, kontorversi, emosi, keghairahan dan dua penalty. Pertembungan gaya permainan berbeza di Bernabeu, Real Madrid dengan disiplin teguh menentang Barcelona yang tampil dengan gaya ‘touch football nya.’

Disebalik dominasi Barcelona sepanjang 90minit perlawanan, Real Madrid bangkit untuk meraih satu mata setelah berjaya mengikat Barcelona dengan keputusan satu sama. Bermain 10 pemain setelah Raul Albiol dibuang padang minit ke 52 Real bangkit menyamakan kedudukan minit ke 82 hasil sepakan penalty Ronaldo.

Dalam aksi di Barnebeu itu, Barcelona menunjukkan penguasaan sepanjang perlawanan dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti minit ke 52 setelah Raul Albiol menjatuhkan David Villa dan Albiol juga diperintahkan keluar padang untuk menambahkan duka Real Madrid. Messi mudah menewaskan Casillas.

Walaupun aksi perlawanan dikuasai Barcelona namun Real Madrid lebih berbahaya didepan pintu gol. Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang dan sebelum itu tandukan beliau diselamatkan atas garisan oleh pertahanan Barcelona, Adriano dimana Valdes sudah pun tertewas. Barcelona juga nyaris mendapatkan gol awal apabila Messi bijak melepasi pertahanan dan bola lambungan beliau dapat dibaca oleh Cassilas.

Sami Khedira terlepas peluang minit-minit akhir apabila rembatan beliau diselamatkan Valdes. Villa juga nyaris memberikan gol kemenangan untuk Barcelona tetapi sepakan beliau terkena palang.

Real Madrid dan Barcelona masih ada tiga lagi perlawanan perlu ditempuh sesama mereka dalam tiga minggu ini. Jika dilihat dalam aksi awal pagi tadi Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk merangkul Copa del Ray dan juga menewaskan Real dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Rekod pertemuan lalu:

Imbas kembali pemain terbaik FIFA

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Thursday 13 January 2011 11:25 pm

Arenabolasepak.com mengimbas kembali pemenang-pemenang anugerah pemain terbaik FIFA dan anugerah Ballon D’Or semenjak ianya mula diperkenalkan. Anugerah Ballon D’Or mula diperkenalkan oleh Majalah Bolasepak Perancis, France Football pada 1956 dengan legenda Stanley Matthews menerima anugerah pertama. Antara nama besar yang pernah menerima anugerah ini ialah Alfredo Di Stefano, Raymond Kopa, Eusebio, Johan Cruyff, Franz Beckenbauer dan Michel Platini.

Tahun

Ballon d’Or

FIFA-Pemain Terbaik

1956

Stanley Matthews

1957

Alfredo Di Stefano

1958

Raymond Kopa

1959

Alfredo Di Stefano

1960

Luis Suarez

1961

Omar Sivori

1962

Josef Masopust

1963

Lev Yashin

1964

Denis Law

1965

Eusebio

1966

Bobby Charlton

1967

Florian Albert

1968

George Best

1969

Gianni Rivera

1970

Gerd Mueller

1971

Johan Cruyff

1972

Franz Beckenbauer

1973

Johan Cruyff

1974

Johan Cruyff

1975

Oleg Blokhin

1976

Franz Beckenbauer

1977

Allan Simonsen

1978

Kevin Keegan

1979

Kevin Keegan

1980

Karl-Heinz Rummenigge

1981

Karl-Heinz Rummenigge

1982

Paolo Rossi

1983

Michel Platini

1984

Michel Platini

1985

Michel Platini

1986

Igor Belanov

1987

Ruud Gullit

1988

Marco van Basten

1989

Marco van Basten

1990

Lothar Matthaeus

1991

Jean-Pierre Papin

Lothar Matthaeus

1992

Marco van Basten

Marco van Basten

1993

Roberto Baggio

Roberto Baggio

1994

Hristo Stoichkov

Romario

1995

George Weah

George Weah

1996

Matthias Sammer

Ronaldo

1997

Ronaldo

Ronaldo

1998

Zinedine Zidane

Zinedine Zidane

1999

Rivaldo

Rivaldo

2000

Luis Figo

Zinedine Zidane

2001

Michael Owen

Luis Figo

2002

Ronaldo

Ronaldo

2003

Pavel Nedved

Zinedine Zidane

2004

Andriy Shevchenko

Ronaldinho

2005

Ronaldinho

Ronaldinho

2006

Fabio Cannavaro

Fabio Cannavaro

2007

Kaka

Kaka

2008

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo

2009

Lionel Messi

Lionel Messi

2010

Lionel Messi

Lionel Messi

Messi raih FIFA Ballon d’Or

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 11 January 2011 11:54 am

Senarai calon anugerah FIFA ballon D’Or 2010:

Xabi Alonso (Spain), Daniel Alves (Brazil), Iker Casillas (Spain), Cristiano Ronaldo (Portugal), Didier Drogba (Côte d’Ivoire), Samuel Eto’o (Cameroon), Cesc Fabregas (Spain), Diego Forlán (Uruguay), Asamoah Gyan (Ghana), Andrés Iniesta (Spain), Júlio César (Brazil), Miroslav Klose (Germany), Philipp Lahm (Germany), Maicon (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Thomas Müller (Germany), Mesut Özil (Germany), Carles Puyol (Spain), Arjen Robben (Netherlands), Bastian Schweinsteiger (Germany), Wesley Sneijder (Netherlands), David Villa (Spain) dan Xavi (Spain).

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz