AVB yakin Torres akan akhiri kemarau gol beretmu MU
Jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas yakin penyerangnya yang bernilai £50 juta itu mampu temui gol dalam aksi menentang Manchester United malam ini. Dengan rekod buruk Manchester United yang tidak pernah menang di gelanggang Chelsea, Villa Boas yakin anak buahnya itu mampu memberikan gol kepada pasukannya.
Kapten bermasalah mereka, John Terry pula bakal terlepas aksi tersebut akibat kecederaan lutut namun itu sedikitpun tidak melegakan pengendali Alex ferguson kerana yakin Chelsea masih mempunyai rangkaian pertahanan yang berkaliber ditambah dengan rekod buruk mereka di gelanggang lawan itu.
Manchester pasti harapkan kemenangan bagi memintas pendahulu liga, City manakala Chelsea pula menaruh harapan untuk terus mencari tiket layak automatic ke liga juara-juara musim depan.
Dalam aksi lain, Arsenal membelasah Blackburn Rovers 7-1 hasil hatrick van Persie dan kemunculan lewat Henry juga membuahkan gol pada minit-minit akhir untuk terus memberikan tekanan pada Chelsea.
“Saya tidak fakir kami akan menamatkan saingan lebih rendah dari 4 terbaik, saya masih tidak ragu-ragu untuk terus kekal di sini. Kami mempuyai kepercayaan kuat dengan rancangan sekarang”-AVB.








