Liga Super – Negeri Sembilan ikat Kelantan

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 11 May 2011 1:10 pm

sumber: kelate.net

SEREMBAN – Kelantan melepaskan peluang terbaiknya  untuk kembali menerajui takhta liga setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Keputusan seri itu membolehkan Selangor kembali mengungguli carta liga dengan kelebihan dua mata sementara Kelantan memilih laluan sukar untuk memburu kejuaraan liga tatkala saingan liga hanya berbaki tujuh perlawanan lagi.

Seawal minit kedua, Negeri Sembilan yang melakukan sepak mula perlawanan, diuji menerusi sepakan percuma Danial Fadzly Abdullah yang menyaksikan rembatannya terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Farizal Harun.

Tiga minit kemudian, pemain sayap Negeri Sembilan, S Kunalan mencuri tumpuan apabila melakukan sepakan lambung daripada jarak jauh namun mudah bagi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.

Pada m-20, umpanan Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi kepada Mohd Nurul Azwan Roya disia-sia apabila dia yang tidak dikawal pemain tuan rumah hanya menyepak liar ke arah pintu gol Negeri Sembilan.

Dua minit kedua, penyerang tuan rumah, Shahurain Abu Samah hampir meletakkan pasukannya didepan namun rembatan kencangnya dari luar kotak penalti kali ini diselamatkan Khairul Fahmi.

Lima minit berselang, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bijak memperdayakan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak didalam kotak penalti namun rembatannya pula tinggi melewati pintu gol pasukan tuan rumah.

Pada m-33, pemain yang mendapat jolokan “Kelantan Ekpres’, S Chanturu berjaya meletakkan bola didalam gawang gol namun pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut setelah dikesan berada didalam kedudukan ofsaid.

Percaturan Mohd Azraai Khor Abdullah Negeri Sembilan memasukkan Abdul Halim Zainal pada m-35 jelas memberi nafas baru kepada corak serangan pasukan mereka. Pada m-38, Shahurain yang bijak memanfaatkan ‘dummy’ Hairuddin Omar sekali lagi mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatannya menerjah jaring sisi sebelah kiri pintu gol Kelantan.

Minit-minit akhir babak pertama, Mohd Shukor Adan gagal memastikan pasukannya berada dalam keadaan selesa sebelum menuju bilik persalinan apabila tandukan cantiknya diselamatkan Khairul Fahmi dipintu gol Kelantan.

Penguasaan jelas milik pasukan tuan rumah apabila mula melancarkan serangan bertali arus sebaik sahaja perlawanan disambung pada babak kedua.

Baru tiga minit bersambung, Negeri Sembilan hampir memperolehi gol namun Mohd Shukor sekali lagi gagal menolak bola ke dalam gawang gol Kelantan biarpun berjaya melepasi kekangan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin didepan pintu gol.

Malah pemain tengahnya, Qhairul Anwar Roslani turut mempunyai dua peluang terbaik pada m-52 menerusi rembatannya yang menyaksikan tersasar disebelah kiri pintu gol sementara percubaannya tiga minit kemudian selepas itu diselamatkan Khairul Fahmi.

Berbeza dengan babak pertama, corak permainan Kelantan jelas begitu tenggelam pada babak kedua. Tempoh setengah jam babak kedua berlangsung menyaksikan tidak ada satu pun gerakan merbahaya yang dilancarkan pasukan Kelantan ke pintu gol tuan rumah.

Malah pergerakan penjaring gol terbanyak Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha turut terbatas apabila dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Aidil Zafuan dan Irwan Fadzli Idrus.

Kombinasi menarik dibahagian tengah pasukan Negeri Sembilan yang diketuai Mohd Shukor sambil dibantu Abdul Halim dan S Kunalan cukup bertenaga mencipta gerakan menarik untuk menembusi pintu gol Kelantan.

Pada m-81, rembatan Abdul Halim tinggi melewati palang sementara percubaan Shahurain selepas itu tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.

Bijak memperdayakan Mohd Farisham Ismail dibenteng pertahanan Kelantan, Hairuddin turut mensia-siakan peluang terbaik untuk meletakkan Negeri Sembilan didepan pada m-83 apabila rembatan kencangnya ditepis keluar Khairul Fahmi.

Satu-satu peluang terbaik Kelantan hadir seminit selepas itu apabila larian solo Norshahrul Idlan mampu menewaskan dua pemain pertahanan tuan rumah namun kesudahannya sepakan lemahnya mudah diselamatkan Mohd Farizal.

Minit-minit akhir perlawanan, hantaran lintang Chanturu membolehkan Muhammad Khalid Jamlus menampan bola ke dalam pintu gol Negeri Sembilan namun pengadil perlawanan, Shokri Nor sekali lagi membatalkan jaringan tersebut setelah dia dikesan berada didalam kedudukan ofsaid.

Zaquan mahu ‘lebur’ Kelantan di Kota Bharu

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 1 March 2011 11:04 am

PENYERANG sensasi Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak berharap dia mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan untuk beraksi pada pertemuan getir menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan, malam ini.

Dia menyuarakan tekad mahu terus memberi sumbangan positif demi membantu pasukan melebarkan lagi rekod kemenangan sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam carta liga, musim ini.

Zaquan berkata semangatnya kian membara selepas Wan Jamak memberi peluang beraksi menentang Sabah tempoh hari tetapi akur prestasinya belum mencapai tahap terbaik.

“Dari segi kecederaan ia tampak sudah hampir pulih sepenuhnya. Fokus saya adalah membantu negeri Sembilan mendapat mata penuh dan ketika sama kembali semula ke pangkuan skuad kebangsaan,” katanya semalam.

“Saya harap dapat sekali lagi diberi kepercayaan turun padang menentang Kelantan esok (malam ini) walaupun hanya sebagai pemain gantian.”

Mengulas lanjut mengenai pertemuan dengan Kelantan yang kini mendominasi carta Liga Super, Mohd Zaquan yang juga adik kembar kepada Mohd Aidil Zafuan mengakui Negeri Sembilan bakal menghadapi tugas amat mencabar kerana kelebihan yang dimiliki anak buah Datuk M Karathu itu selain prestasi skuad berkenaan yang belum lagi mengalami kekalahan.

sumber: berita harian.

Lain-lain perlawanan:


Liga SUper Malaysia – Keputusan perlawanan 25/26 Februari 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia | Sunday 27 February 2011 10:25 am

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz