Kaka Ke Real Madrid
![]()
Dengan yuran perpindahan yang kecil Real Madrid berjaya mengikat Kaka, Manchester City gagal berbuat demikian Januari lalu. Man City menawarkan £100 million untuk dapatkan bintang Brazil ketika itu.
Real dilaporkan hanya membuat bidaan sebanyak £68 juta untuk Kaka tetapi ianya sudah memadai untuk menjadikan beliau pemain kedua termahal selepas Zidane dengan nilai £73 juta dari Juventus ke Real.
Kaka juga ditawarkan gaji sebanyak £200,000 seminggu dengan kontrak selama 6 tahun.
Milan dikatakan bersetuju menjual Kaka disebabkan faktor kewangan kelab itu. dan Kaka memahami situasi itu. Polisi Presiden baru Real, Florentino Perez mengemarkan pemain bertaraf bintang dan langkah awalnya ialah dengan membawa perancang utama Brazil ini selain cuba mendapatkan pemain terbaik dunia ketika ini, Rpnaldo dari Man United. David Villa dan Riberry juga menjadi sasaran Perez untuk menjadikan satu Galaticos baru selepas era Zidane dan rakana-rakan.
Nama: Ricardo Izecson dos Santos Leite
Tarikh Lahir: 22/04/1982
Posisi: Midfilder/Penyerang
by admin on June 10th, 2009 Tags: Kaka, Pemain termahal, real Madrid
Posted in Info Antarabangsa | No Comments »
