Piala Asia Qatar – Jepun hampakan Soccerros

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 30 January 2011 1:52 am

Ringkas – Jepun menghampakan harapan Soccerroos apabila jaringan Lee minit ke 19 masa tambahan memberikan The Blue Samurai satu lagi kejuaraan. Sepakan epara volley yang menarik dari beliau sudah memadai untuk Jepun mengungguli kuasa bolasepak asia. Jepun menjadi pasukan yang paling berjaya apabila merangkul empat kejuaraan iaitu 1992, 2000, 2004 dan 2011.

Piala Asia Qatar – Australia Jepun berentap di final

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 26 January 2011 1:35 pm

Dua pasukan pilihan, Jepun dan Australia menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir apabila menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir malam tadi.

Enam pemain menjaringkan enam gol dalam aksi perlawanan separuh akhir antara Australia dan Uzbekistan yang menyaksikan Socceroos mudah menempah tiket ke final yang bakal bertemu juara tiga kali, Jepun. Gol-gol Australia dijaringkan oleh H. Kewell 5, S. Ognenovsk, 35, D. Carney 65, B. Emerton 74, C. Valeri 82 dan R. Kruse minit ke 83. Untuk rekod pemain Australian Sasa Ognenovsk adalah pemain terbaik Asia tahun lalu. Uzbekistan yang berada diranking 108 dunia nyata tidak mampu untuk bertahan dengan asakan pemain-pemain Australia yang rata-rata bermain di kelab-kelab Eropah.

Australia berpeluang meraih kejuaraan buat kali pertama selepas gagal dalam edisi pertama penyertaan mereka pada tahun 2007. Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia merupakan  pengajur bersama edisi tersebut.

Jepun sebelum itu menewaskan Korea Selatan melalui sepakan penalti selepas perlawanan terikat dua sama. Korea Selatan mendahului Jepun melalui jaringan Sung-Yueng KI minit ke 23 menerusi sepakan penalti. Jepun kemudiannya menyamakan kedudukan 13 minit melalui jaringan Ryoichi Maeda. Kedudukan satu sama memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan dan pada minit ke 98 Jepun mendahului Korea Selatan menerusi jaringan Hajime Hosogai. Gol tersebut seakan memihak kepada Jepun  untuk menghabiskan permainan dalam masa tambahan namun gol minit ke 120 dari penyerang Korea Jae-Won Hwang memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Malang buat pasukan Korea apabila mereka gagal menjaringkan sebarang sepakan penalty yang diambil dan Jepun menyempurnakan sepakan penalti mereka melalui Keisuke Honda, Shinji Okazaki dan Yasuyuki Konno.

Dalam pada itu Uzbekistan dan Korea Selatan akan berentap bagi tempat ketiga dan keempat dimana pemenang tempat ketiga akan layak automatik untuk edisi 2015 nanti.

Piala Asia Qatar – Ringkas – Keputusan Kumpulan D

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 12 January 2011 10:17 am

Korea Utara 0 – Iran 0

Iran 2 – Iraq 1

Piala Asia Qatar – China Atasi Kuwait

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Monday 10 January 2011 12:19 am

Jurulatih Kuwait, Goran Tufegdzic tetap bernada optimis dengan anak buahnya yang terpaksa bermain dengan 10 pemain menentang China walaupun tewas 2-0. Juara Piala Teluk itu tewas kepada China pada perlawanan pembukaan dalam  kumpulan A itu.

Kuwait terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam 30 minit terakhir apabila pertahanan mereka, Musaed Neda diarah keluar apabila mengasari pemain China Yang Xu. China memecah kebuntuan pada minit ke 58 melalui Zhang Linpengs. Deng Zhuoxiang melepaskan rembatan dari sepakan percuma untuk gol kedua 10 minit kemudian untuk melengkapkan kemenangan penting pasukan China.

Tufegdzic tidak membangkitkan kejadian Neda dibuang padang tetapi memuji barisan pemainnya yang telah memberikan sepenuh kudrat dan komitmen bagi mengharungi perlawanan yang memeritkan itu. “Perlawanan ini sangat penting bagi kami dan sebelum Neda dibuang kami adalah sebuah pasukan yang baik dan berjaya mengawal permainan”, komen jurulatih yang berasal dari Serbia itu. “ Sangat sukar untuk memenangi perlawanan ini dengan 10 pemain dan saya berpuashati dengan cara kami bermain dengan 10 pemain”, tambahnya lagi.

Menurutnya lagi China merupakan sebuah pasukan yang kuat dan sangat sukar menentang pasukan seperti mereka kerana mereka mempunyai pemain berkemahiran individu yang sangat baik. Ketika kami kehilangan satu pemain adalah sukar untuk menentang pasukan seperti China.

Piala Asia 2011 – Qatar Tewas Perlawanan Pembukaan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 8 January 2011 1:38 pm

Perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah, Qatar dan Uzbekistan berlangsung malam tadi. Stadium yang dipenuhi kira-kira 37000 penyokong tuan rumah gagal mempengaruhi keputusan perlawanan apabila Uzbekistan memenangi perlawanan itu dengan 2 0.

Permulaan yang buruk buat pasukan tuan rumah yang bermain di Stadium Khalifa. Gol pertama Uzbekistan hadir sebelum perlawanan memasuki sejam yang dijaringkan oleh Odil Akhmedov untuk memberikan tekanan kepada Qatar. Server Djeparov menyumbangkan gol kedua pada minit ke 77 untuk memberikan kemenangan mutlak milik Uzbekistan pada perlawanan pertama.

“ Hari ini merupakan permulaan yang buruk buat pasukan”, Ujar Bruno Metsu, Jurulatih Qatar yang pernah menbimbing Senegal ke suku akhir Piala Dunia 2002.

“Kami cuba bermain baik untuk seluruh peminat, untuk semua tetapi sebaliknya berlaku. Saya memohon maaf kepada penyokong kami namun kadang-kadang terlalu sukar untuk bermain baik bagi permulaan kejohanan. Pemain tertekan”, tambahn beliau lagi.

Bruno Metsu mengharapkan pemain-pemainnya beraksi lebih baik dalam pertemuan dengan Kuwait dan China yang turut menghuni kumpulan A.

Dalam perlawanan itu Qatar bermula garang apabila mengancam di awal perlawanan lagi setelah bola hantaran Hussein Yasser kepada Fabio Cesar tetapi penyerang itu gagal menyudahkannya.
Uzbekistan kemudiannya mula mendapat rentak dan hampir dua kali mengancam kubu Qatar melalui Alexander Geynrikh.

Qatar perlu melangkah lebih jauh dalam aksi Piala Asia ini jika ingin membuktikan pilihan menganjurkan Piala Dunia 2022 yang dimenangi mereka bukan satu kesilapan.

Piala Asia Qatar 2011

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 5 January 2011 4:05 pm

Piala AFC 2011 akan berlangsung di Qatar bermula 7 hingga 29 Januari 2011 ini. Juara bertahan untuk kejohanan ini yang berlangsung empat tahun lalu adalah disandang oleh negara Iraq. Walaupun ketika itu negara mereka dilanda krisis peperangan namun skuad bolasepak mereka membuktikan betapa halangan tidak mematahkan semangat juang mereka untuk mengejutkan negara-negara pilihan lain untuk menjulang piala berprestij di Asia itu dalam edisi 2007.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding pada kejohanan ini di mana Qatar selaku tuan rumah akan bersama-sama China, Kuwait dan Uzbekistan dalam kumpulan A. Kumpulan B menyaksikan gergasi Asia, Jepun yang diundi bersama Jordan, Arab Saudi dan Syria.

Australia yang buat kali kedua menyertai benua asia pula diundi bersama-sama Bahrain, India dan juga pasukan yang berprestij tinggi, Korea Selatan. Australia kini hadir dalam keadaan yang lebih bersedia berbanding edisi lalu apabila mereka gagal bersaing dalam perebutan menjadi kuasa bolasepak Asia. Sebelum ini Australia bermain dalam zon Ocenia. Korea Selatan pula sudah pasti menaruhkan harapan kepada bintang Manchester United, Park Ji Sung.

Dalam kumpulan D menyaksikan juara bertahan Iraq akan bersaing dengan pasukan yang meningkat naik Korea Utara, Iran dan juga UAE. “Iran mempunyai potensi untuk menjuarai kejohanan kali ini. Kami mempunyai ramai permain berpengalaman dan pemain muda yang berbakat, dan ini cukup untuk membolehkan kami muncul sebagai juara” Khalatbari melalui akhbar Labour News Agency Iran.

Juara edis lalu, Iraq menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium keramat Indonesia Gelora Bung Karno. Edisi 2007 dianjurkan bersama oleh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Jika dilihat dalam senarai 16 pasukan bertanding tiada lagi kelibat pasukan dari Asia Tenggara.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz