Piala Asia Qatar – Jepun mengatasi tuan rumah, Qatar 3-2

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 22 January 2011 11:05 pm

Jepun menepati ramalan untuk layak ke separuh akhir Piala Asia Qatar. Bermain dengan 10 orang tidak mematahkan semangat The Blue Samurai untuk menundukkan pasukan tuan rumah Qatar. Gol minit-minit akhir dari Masahiko Inoha memberikan Jepun tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 3-2 di Stadium Al Gharafa.
Permulaan yang baik buat Qatar apabila Sebastian Soria membuka jaringan pada minit ke 12 hasil larian dari tepi sebelah kiri gol Jepun sebelum memperdayakan pertahanan Jepun dan melepaskan rembatan yang gagal ditepis penjaga gol Jepun. Namun demikian Jepun menyamakan kedudukan satu sama melalui Shinji Kagawa minit ke 28.

Malang buat pasukan jepun apabila pertahanan mereka Maya Yoshida dilayangkan kad kuning kedua apabila beliau mengasari Yuesf Ahmed dan sepakan percuma yang diambil Fabio Cesar memberikan gol pendahuluan buat pasukan bimbingan Bruno Metsu itu. Ini kali kedua Jepun terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam aksi Piala Asia kali ini.

Semangat Blue Samurai nyata sesuai dengan pasukan jepun itu apabila sekali lagi mereka menyamakan kedudukan melalui Kagawa sekali lagi. Kagawa yang bermain di Bundesliga untuk Borussia Dortmund nyata tampil cemerlang pada perlawanan tersebut. Gol kemenangan Jepun dihadiahkan oleh Inoha pada minit ke 89.

“ Mental pasukan nyata sukar setelah Qatar mencetak gol kedua mereka”. Ulas Kagawa yang menjaringkan dua gol untuk memberikan Jepun lalauan tepat merangkul Piala Asia pertama buat mereka.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Uzbekistan menewaskan Jordon dengan keputusan 2-1.

Piala Asia Qatar – Kedudukan pasukan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 16 January 2011 11:42 pm

Setelah berakhir dua perlawanan bagi setiap pasukan berikut dipaparkan kedudukan terkini setiap kumpulan. Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang terkeluar untuk ke pusingan suku akhir dan Iran sudah pun menjamin tempat ke pusingan seterusnya. Dalam kumpulan A, Uzbekistan sudah sebelah kaki ke suku akhir dan hanya perlu seri menentang China pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

sumber:goal.com

Piala Asia Qatar – Jepun menang tipis

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Friday 14 January 2011 2:48 pm

Perlawanan yang penuh dengan dramatik antara Jepun dan Syria berlangsung di Stadium Suheim Bin Hamad yang disaksikan oleh 10453 penonton. Jepun yang bermain dengan 10 pemain berjaya mengalahkan Syiria 2-1.

Gol pertama Jepun hadir pada minit ke 35 hasil jaringan kapten mereka Makoto Hasebe minit ke 35 untuk memberi kelebihan kepada Jepun pada separuh masa pertama. Gol berpunca dari rembatan Shinji Kagawa yang memaksa penjaga gol Syria membuat tampanan dan bola jatuh ke kaki Daisuke Matsui sebelum beliau membuka peluang kepada Hasebe yang merembat rendah untuk menewaskan penjaga gol Syria, Mosab Balhous.

Perlawanan nyata menarik kerana kedua-duanya perlu menang setelah pada perlawanan pertama Jepun sekadar seri 1-1 sama dengan Jordon manakala Syria pula membuat kejutan ke atas Arab Saudi untuk menang 2-1.

Memasuki separuh masa kedua, permainan mula menjadi semakin menarik dengan aksi tersusun kedua-dua pasukan. Minit ke 71 satu insiden kontroversi berlaku apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Syria apabila penjaga gol Jepun, Kawashima menjatuhkan pemain Syria dan beliau dilayangkan kad merah. Pemain Jepun membuat bantahan kerana penjaga garisan mengangkat bendera kerana pemain Syria dalam kedudukan offside tetapi pengadil tetap dengan keputusannya. Syria menyamakan kedudukan hasil jaringan Firas Alkatib minit ke 76 yang menewaskan Shusaku Nishikawa yang masuk mengantikan Kawashima.

Jepun yang bermain dengan 10 pemain tetap menguasai permainan dengan membuat serangan demi serangan. Hasilnya 10 minit sebelum tamat permainan mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Shinji Okazaki dijatuhkan oleh dua pertahanan Syria. Honda tidak mengsia-siakan peluang untuk memberi tiga mata berharga kepada Jepun. Syria juga terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Nadim Sabag dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.

Bermain di Stadium Qatar Sports Club itu Jepun terlebih dahulu mendapat peluang pada minit keenam lagi apabila Atsuto Uchida menyilangkan bola kepada Ryoichi Maeda tetapi tandukan pemain Jubilo Iwata itu sedikit tersasar. Syria juga mendapat peluang terbaik apabila gerakan solo Wael Ayan dari sebelah kiri  gagal disudahkan dengan sempurna oleh Muhammad AL Zino.

Syria yang mendominasi minit-minit akhir perlawanan gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan.

Piala Asia Qatar – Jepun seri, Syria buat kejutan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Monday 10 January 2011 12:01 pm

Hari ketiga Piala Asia Qatar 2011 menyaksikan Jordan hampir membuat kejutan besar ke atas Jepun. Perlawanan tersebut berkesudahan seri satu sama apabila Maya Yoshida menyelamatkan maruah Jepun dengan gol minit ke 92. Sebelum itu Jordan didepan pada minit ke 45 hasil gol cantik Hasan Abdalfatah yang mengelirukan pertahanan Jepun sebelum membuat rembatan kaki kiri dan menewaskan penjaga gol Jepun.

Jepun yang mengawal hampir keseluruhan permainan gagal menemui gol yang dicari. Dengan 17 cubaan dan tujuh cubaan tepat seharusnya mereka menang dengan jumlah yang besar. Kekebalan penjaga gol Jordan memberi mata berharga buat Jordan dan permulaan yang kuran baik kepada pasukan di tangga kedua Aisa, Jepun.

Sementara itu Syria membuat kejutan ke atas Arab Saudi dengan kemenangan 2-1 di Stadium Ahmed Bin Ali untuk menerajui kumpulan B. Abdelrazaq Al Hussain menjadi wira Syria apabila menjaringkan dua gol untuk Syria pada minit ke 38 dan 63. Syria yang berada di ranking 107 FIFA gembira menang ke atas lawan mereka yang jauh lebih baik dari mereka.

Kekalahan mengejut Arab Saudi menyaksikan mereka memecat Jose Peseiro. Finalis tahun 2007 dan juara tiga kali itu nyata tidak dapat terima kekalahan ini dan tempat Jose Peseiro selaku jurulatih akan diambil alih oleh Nasser Al Johar.

Arab Saudi dijagka akan mampu bersaing dengan kuasa-kuasa Asia lain seperti Australia, Jepun atau Korea Selatan tetapi kekalahan 2-1 ini menceritakan keadaan sebaliknya. Sebelum Piala Asia ini bermula lagi Jose Peseiro sudah pun dikritik kerana gagal membawa Arab Saudi ke Piala Dunia 2010 dan pemilihan pemain yang dilakukannya juga tidak dipersetujui kebanyakkan pihak di sana.

Keyakinan beliau untuk memenangi Piala Asia di Qatar ini diejek dan ditertawakan pada sidang akhbar selepas perlawanan itu. Arab Saudi perlu menang baki dua perlawanan bagi mencerahkan kembali peluang mereka.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz