Kelantan, Terengganu beraksi di pentas final 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Tuesday 17 May 2011 6:28 pm

Kelantan dan Terengganu menepati ramalan untuk beraksi di pentas final piala FA 2011 apabila menumpaskan lawan masing-masing. Di Stadium Nasharuddin Shah Terengganu menewaskan Pahang 2-0 untuk mara dengan aggregat 5-2 manakala skuad Kelantan yang mempunyai bekalan selesa pusingan pertama sekadar seri satu sama untuk mara dengan aggregat 6-2.

Di Stadium Sultan Mohd IV Kelantan memulakan aksi dengan memberasangkan apabila Shakir Shaari membuka tirai gol minit ke 9 hasil rembatan padu luar kotak penalty. Namun demikian deretan peluang ‘harus gol’ gagal disudahi barisan pemain Kelantan terutamanya Ramzul yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik untuk menghasilkan gol pada minit ke 28, 34 dan 37.

Khalid Jamlus menjadi penggerak utama perlawanan malam semalam melalui umpanan berkualiti beliau namun semua peluang terhidang gagal disudahi oleh penyerang Kelantan S Chanturu dan Nezab  Ayub. Kapten pasukan Kelantan juga mempunyai peluang terbaik minit ke 44 tapi dua kali dihalang oleh P Gunalan. .

Mungkin kerana sudah mempunyai bekal selesa kelantan mengurangkan asakan dan hasilnya minit ke 78 Rudie Ramli berjaya menjaringkan gol saguhati buat Red Giant untuk mencuri satu gol hasil hantaran silang Amirulhadi Zainal.

Kelantan dan Terengganu akan beraksi di perlawanan akhir edisi ke 22 buat pertama kali bagi pertembungan dua pasukan dari Pantai Timur ini pada 11 Jun yang akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Liga Super – Keputusan perlawanan 16 Feb 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 16 February 2011 11:03 am

Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia | Saturday 5 February 2011 3:34 pm

PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.

Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.

Safee ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam, mengesahkan dia bakal berhijrah ke Indonesia tetapi enggan mendedahkan kelab yang akan diwakili.

“Memang saya akan ke sana tetapi butiran lanjut mengenainya akan diumumkan Isnin ini,” katanya tetapi mengesahkan kontrak dengan kelab Indonesia itu adalah bagi tempoh setahun.

Safee yang menarik minat tiga kelab di Indonesia selepas aksi cemerlangnya di kejohanan Piala AFF Disember lalu, sebelum ini dilaporkan mahu mencuba nasib beraksi di liga negara jiran itu untuk mengembangkan lagi bakatnya selepas Persib Bandung, Pelita Jaya dan Balikpapan dikatakan berminat menghulurkan kontrak.

Pemain itu mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga kelab terbabit dan Persib Bandung dikatakan menjadi pilihannya kerana kelab itu antara paling berjaya di Indonesia dan menduduki tangga keempat ISL musim lalu.
Namun, di sebalik keinginan dan minat tingginya ke negara jiran, keputusan akhir mengenai masa depan Safee masih tertakluk kepada keputusan Exco FAS, sama ada menerima atau menolaknya.

Safee berkata, aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur 12 Februari ini adalah penampilan terakhirnya bersama Merah Kuning dan pemergiannya ke Indonesia akan disertai isterinya.

“Sekalipun akan beraksi di luar negara, saya bersedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmat diperlukan untuk skuad negara,” katanya.

Difahamkan, sidang media FAS Isnin ini yang bakal dihadiri semua rakan pemain Selangor, juga turut menjadi majlis perpisahan untuk Safee.

sumber: bharianonline.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz