Harimau Malaya atau Harimau Malaysia?
Setelah meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF nama Harimau Malaya tiba-tiba turut meletup seiring dengan kejayaan skuad muda Malaysia.
Namun agak mendukacitakan apabila penggunaan nama tersebut mula dipersoalkan oleh sesetengah pihak mengapa menggunakan Malaya bukannya Malaysia?
Nama Malaya sebagaimana ulasan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, ianya bukanlah merujuk kepada Malaysia tetapi kepada sejenis Harimau yang terdapat di Semenanjung Malaysia atau bahasa santifiknya Panthera tigris jacksoni atau masyarakat melayu memangilnya Pak Belang. Kita menggunakan nama tersebut bagi mengaitkan dengan semangat juang haiwan terbabit. Sememangnya Harimau Malaysia tidak pernah wujud.
Persoalannya di sini ialah bagaimana sikap peminat atau penyokong atau lebih tepat lagi sesetengah pihak yang hanya memandang skuad Malaysia apabila sudah berjaya. Ketika pasukan bolasepak kita dalam keadaan terumbang ambing tiada siapa kisah gelaran apa yang mereka gunakan. Tiada siapa peduli. Namun apabila kejayaan mula diraih mula timbul pelbagai tuntutan, pujian dan ketidakpuashati sebagaimana penggunaan Malaya ini.
Sebagai penyokong yang setia kita tidak seharusnya menangguk diair keruh dan sentiasa berdiri teguh di belakang pejuang-pejuang kita walau apapun yang terjadi.






