Salam Tahun Baru 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 2 January 2011 12:36 pm

Selamat Tahun Baru 2011 dari arenabolasepak kepada semua pengunjung blog ini yang baru meniti hari kedua. Arena Bola Sepak Malaysia 2010 ditutup dengan penuh gilang gemilang apabila skuad Harimau Malaya berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kearah kejayaan yang lebih gemilang bagi tahun 2011 dan seterusnya.

Kepada pemain-pemain skuad negara diharap tidak alpa dengan kejayaan ini dan terus berusaha bagi memantapkan lagi pasukan Harimau Malaya dalam persaingan yang pastinya lebih mencabar. Semoga kita masih mampu mengekalkan kejuaraan Emas Sukan Sea dan Piala Suzuki.

Cabaran Liga Super Malaysia akan memulakan kalendar pertandingan 29 Januari nanti dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Liga Super, Kelantan menentang juara Piala Malaysia, Selangor diiringi dengan 6 lagi perlawanan lain.

Pemenang 2010:

1. Juara Piala Dunia – Sepanyol

2. Juara Liga Juara-Juara – Inter Milan

3. Juara Liga Europa – Athletico Madrid

4. FIFA Kelab Dunia – Inter Milan

5. Juara Sukan Asia – Jepun

6. Juara Piala Asia – Iraq

7. Juara Sukan Sea – Malaysia

8. Juara AFF Suzuki 2010 – Malaysia

(more…)

Piala Suzuki AFF – Final pertama, Malaysia gah

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Monday 27 December 2010 12:21 am

Permainan sebenar. Itulah yang boleh digambarkan dengan aksi terpuji skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda. Harus ada rasa bangga diseluruh rakyat Malaysia atas persembahan menarik dan mantap dari keseluruh pemain-pemain Malaysia.

Tiada rasa gentar, tiada hantaran yang tidak tepat. Mereka lakukan aksi yang terbaik pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. 3 0 satu angka yang sudah boleh dianggap cukup selesa untuk dibawa ke Stadium Bung Karno. Semuanya kini terpulang pada pemain untuk menjadikannya satu impian yang menjadi kenyataan.

Persembahan yang cukup bertenaga dari anak muda kita, pertahanan yang begitu berdisiplin berjaya mengekang terus jentera serangan Indonesia yang diketuai oleh Christian Gonzales yang nyata tenggelam dalam aksi pertama ini. Ahmad Muslim mengotakan janjinya untuk meratai terus pergerakan penjaring terbanyak liga Indonesia itu.

Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 60 hasil gerakan bijak dan menghiburkan dari Norshahrul Idlan Talaha yang masih merah inai dijarinya melorong cantik kepada Safee Sali yang mudah menolak masuk menewaskan Markus. Idlan nyata berada dikelas tersendiri apabila mudah memperdaya pertahanan Indonesia untuk Ashaari Samsudin menjaringkan gol kedua pada minit ke67.

Safee terus mengukuhkan kedudukan hasil tandukan ‘free header’ pada minit ke 72 yang nyata mematikan langkah penjaga gol Indonesia, Markus. Tangisan Safee selepas menjaringkan gol itu memang sepatutnya kerana beliau kini mendahului senarai penjaring kejohanan.

Namun tindakan penyokong yang kurang bijak menghala laser ke arah pemain Indonesia sedikit sebanyak mencacatkan keraian malam tadi. Permainan terhenti 5 minit apabila Markus terganggu akan pancaran laser tersebut. Sikap yang agak kurang cerdik ini sepatutnya tidak dilakukan kerana ianya akan menjadi alsan utama kegagalan pasukan Indonesia dan pastinya pasukan negara juga akan terancam bila bertandang ke Bung Karno nanti.

Malaysia nyata mendominasi permainan malam tadi tanpa banyak kesilapan yang dilakukan dan Khairul Fahmi tidak diuji bertubi-tubi namun adakala beliau mengunakan ketangkasan beliau untuk menafikan gol Indonesia.

Sejarah semakin hampir untuk dicipta bolasepak Malaysia untuk menjuarai kali pertama Piala Suzuki AFF 2010 ini.

Vietnam, Philipina Mara Ke Separuh Akhir

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 9 December 2010 12:01 am


Vietnam dan Filipina mengiringi Indonesia dan Malaysia ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010. Dalam pertemuan penuh mendebarkan, Vietnam berjaya menewaskan Singapura walaupun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang. Singapura gagal mengunakan kelebihan itu dan ketangkasan penjaga gol Vietnam menafikan mereka tiket ke separuh akhir untuk bertemu Malaysia. Gol minit ke 31 itu sudah cukup membawa Vietnam ke separuh akhir pada 15 dan 16 Disember ini. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Vietnam untuk pusingan pertama dan pusingan kedua berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini.

Satu lagi pertemuan Philipina sekadar seri dengan Myanmar namun keputusan itu sudah cukup untuk membawa Philipina membuat kejutan besar untuk melangkah ke separuh akhir bertemu Indonesia. Kejayaan Philipina menafikan gergasi Asia Tenggara Singapura yang rata-rata dibarisi pemain import yang diberi kerakyatan.

Final Piala AFF ini juga akan dilangsungkan secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember 2010.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz