Levante teruskan rekod tanpa kalah

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 27 October 2011 2:00 pm

Kaka temui lagi sentuhan dalam aksi la Liga, bantu Real tewaskan Villareal 3-0. Dua gol lagi dari Di maria dan Benzema. Levante teruskan penguasaan liga. Rekod 102 tahun untuk berjaya mendahului liga.

Ronaldo catat hatrik ketiga, Barcelona seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 23 October 2011 11:38 am

Cristiano Ronaldo mencatat hatrik ketiga dalam La Liga apabila membantu real Madrid menewaskan Malaga 4 0. Kemenangan itu memberikan mereka satu mata mengatasi Barcelona sebagai pendahulu liga yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla.

Sebelum itu Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam empat penampilan berturut-turut untuk Real Madrid apabila memecah kebuntuan pada minit ke 11 lagi. Sebelum Ronaldo mencetak hatrik bagi berkongsi penjaring terbanyak bersama Lionel Messi.

Liga Juara – Juara – Perlawanan 13 & 14/09/2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 13 September 2011 4:48 pm

Perlawanan 13 September 2011

Goal menakjubkan Neymar

Posted by admin | Brazilian Serie A League | Wednesday 3 August 2011 3:37 pm

Neymar terus membuktikan mengapa beliau menjadi rebutan gergasi-gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau. Dalam aksi Santos menentang Flamengo yang ditunjangi bekas pemain terbaik dunia dua kali Ronaldinho, Neymar mempamirkan aksi menakjubkan untuk menjaringkan gol cantik buat Santos. Real Madrid sanggup ‘beratur panjang’ untuk mendapatkan khidmat beliau.

Santos mendahului tiga gol sebelum Ronaldinho bangkit menjaringkan tiga gol untuk menerajui kemenangan Flamengo ke atas Santos. Elano menyepak lemah sepakan penalti dan gagal menyamakan kedudukan. Santos 4, Flamengo 5.

Real Madrid tandatangani Raphael Varane

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 30 June 2011 10:24 am

Ringkas: Real Madrid menandatangani bekas pertahanan Lens, Raphael Varane dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan. Pemain bawah 21 tahun itu akan bermain untuk Real Madrid sehingga 2017 mengikut kontrak yang dinyatakan.

Varane menjadi pemain keempat yang mengikat kontrak dengan gergasi Sepanyol itu untuk musim depan selepas Nuri Sahin, Hamit Altintop dan Jose Maria Callejon.

Zinedine Zidane memuji Varane dengan menyatakan beliau mempunyai persamaan dengan bekas pertahanan Perancis, Laurent Blanc.

Real Madrid mengamuk di Sevilla

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 8 May 2011 11:15 am

Lapan gol terhasil dalam perlawanan membabitkan Sevilla menentang Real Madrid. Real Madrid yang masih lagi dalam keadaan kecewa kerana gagal melangkan ke perlawanan akhir dan tewas dalam aksi liga minggu lalu tampil garang untuk membenam Sevilla 6-2.

Ronaldo ‘mengamuk’ dengan empat gol pada minit 31, 65, 70 dan 75. Sebelum itu Sergio Ramos meletakkan skuad serba putih itu didepan pada minit ke 21 melalui tandukan melalui sepakan sudut yang diambil oleh Ozil. Dengan empat gol yang dihasilkan, Ronaldo kini mendahului carta penjaring terbanyak dengan 33 gol, 2 gol mengatasi Messi. ” Kami mahu menang tiga lagi baki perlawanan yang ada” Ronaldo. Ronaldo menjaring hatrik kelimanya musim ini.

Negredo menjaringkan dua gol untuk Sevilla manakala satu lagi gol Real Madrid dijaringkan oleh Kaka.

La Liga – Kedudukan 24 April 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 25 April 2011 1:41 pm

El Clasico – Penuh dengan drama

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 17 April 2011 11:16 am

Satu daripada empat perlawanan El Clasico menceritakan segalanya: Bolasepak terbaik, kontorversi, emosi, keghairahan dan dua penalty. Pertembungan gaya permainan berbeza di Bernabeu, Real Madrid dengan disiplin teguh menentang Barcelona yang tampil dengan gaya ‘touch football nya.’

Disebalik dominasi Barcelona sepanjang 90minit perlawanan, Real Madrid bangkit untuk meraih satu mata setelah berjaya mengikat Barcelona dengan keputusan satu sama. Bermain 10 pemain setelah Raul Albiol dibuang padang minit ke 52 Real bangkit menyamakan kedudukan minit ke 82 hasil sepakan penalty Ronaldo.

Dalam aksi di Barnebeu itu, Barcelona menunjukkan penguasaan sepanjang perlawanan dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti minit ke 52 setelah Raul Albiol menjatuhkan David Villa dan Albiol juga diperintahkan keluar padang untuk menambahkan duka Real Madrid. Messi mudah menewaskan Casillas.

Walaupun aksi perlawanan dikuasai Barcelona namun Real Madrid lebih berbahaya didepan pintu gol. Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang dan sebelum itu tandukan beliau diselamatkan atas garisan oleh pertahanan Barcelona, Adriano dimana Valdes sudah pun tertewas. Barcelona juga nyaris mendapatkan gol awal apabila Messi bijak melepasi pertahanan dan bola lambungan beliau dapat dibaca oleh Cassilas.

Sami Khedira terlepas peluang minit-minit akhir apabila rembatan beliau diselamatkan Valdes. Villa juga nyaris memberikan gol kemenangan untuk Barcelona tetapi sepakan beliau terkena palang.

Real Madrid dan Barcelona masih ada tiga lagi perlawanan perlu ditempuh sesama mereka dalam tiga minggu ini. Jika dilihat dalam aksi awal pagi tadi Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk merangkul Copa del Ray dan juga menewaskan Real dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Rekod pertemuan lalu:

Liga Juara-Juara – Real, Schalke ke separuh akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 14 April 2011 11:53 am

FC Schalke 04 2-1 FC Internazionale Milano (agg: 7-3)

Impian juara bertahan, Inter Milan untuk menafikan kelebihan 5-2 Schalke04 tidak kesampaian apabila kelab dari Itali itu tumbang 2-1. Raul menjaringkan gol menarik minit ke 45 untuk meranapkan sisa-sia perjuangan Inter sebelum Motta menyamakan kedudukan minit ke 49 melalui tindakan susulan dari tandukan Lucio. Howedes menutup terus pintu kelayakan buat Inter Milan apabila rembatan deras beliau menerjah gawang.

Raul yang berpindah dari Real Madrid dua musim lalu terus memukau dengan aksi penyudah tajamnya yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Inter Milan sebelum membuat gerakan mengelirukan memperdaya penjaga gol Inter Julio Cesar. Gol tersebut merupakan gol ke 71 beliau dalam kancah Liga Juara-Juara. Schalke04 bakal bertemu Manchester United di separuh akhir dalam memburu kegemilangan kelab dari Jerman itu. Tugas yang sukar buat mereka apabila bertemu pendahulu liga Inggeris yang berada dikemuncak prestasi itu namun mereka telah membuktikan yang segala fantasi boleh menjadi realiti.

Tottenham Hotspur FC 0-1 Real Madrid CF (agg: 0-5)

Satu lagi aksi, Spurs menerima nasib yang serupa dengan Inter Milan apabila mereka juga tewas di laman sendiri 1-0 hasil rembatan padu jarak jauh bintang Portugal, Ronaldo minit ke 50. Rembatan itu sepatutnya tidak menghasilkan gol namun kesilapan penjaga gol mereka, Gomez menghadiahkan real kemenangan di White Hart Lane. Sebenarnya jika dilihat dari segi kelebihan 4-0 Real, Spurs sudah sepatutnya boleh melupakan impian mereka untuk melangkah ke separuh akhir. Namun demikian, pemain sayap mereka, Bale tetap berbangga dengan pencapaian mereka dalam aksi pertama mereka di Liga Juara-Juara.

Real Madrid bakal melayan musuh tradisi di La-Liga, Barcelona yang menjadi tugasan sukar buat anak buah Mourinho apatah lagi mereka tumpas pada aksi liga musim ini kepada kelab catalan itu. Disamping perebutan liga, Real-Barcelona juga bakal bertemu dalam aksi final Copa del Ray.

Berita ringkas Arenabolasepak

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 23 March 2011 10:48 pm

- Legenda Brazil, Ronaldo kini menjadi ejen kepada bakat-bakat baru Brazil melalui syarikatnya ‘9ine’

- Penyerang Parma berusia 35 tahun, Herman Crespo menyatakan ada beberapa kelab masih berminat dengannya, namun buat masa sekarang tidak berminat untuk berpindah.

- Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan, bakal berehat tiga minggu

- Lionel Messi menerima bayaran tertinggi dengan €31 juta setahun dan jurulatih real, Mourinho terima bayaran tertinggi selaku jurulatih dengan pendapatan €13.5 juta setahun.

- Messi sempat bertemu timbalan presiden AC Milan Adriano Galliani dalam lawatan komersial namun ianya bukan mengenai perpindahan ke Milan. “ Saya akan habiskan karier di sini dan mungkin di Argentina”. Messi, ungkapan itu menafikan perpindahan itu.

- Ronaldo, bekas penyerang Real, Barcelona dan legenda dari Brazil itu berkata beliau lebih sukakan Real Madrid dari Barcelona dan Mourinho dari Pep Guardiola.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz