Malaysia atasi Hongkong 2 0 aksi persahabatan

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 10 February 2011 12:58 pm

gambar: nst.com

Malaysia berjaya menumpaskan Hong Kong dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi. Ternyata tahap keyakinan pemain-pemain Malaysia berada lebih tinggi setelah berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF lalu. Keserasian yang dipamirkan membuatkan Hong Kong buntu dalam mengawal dan mencari gol ke atas Malaysia.

Malaysia memulakan perlawanan dengan sembilan pemain yang menjuarai Piala AFF dengan Aidil Zafuan dan Ahmad Fakri kembali dari kecederaan untuk melengkapkan 11 pemain skuad Harimau Malaya.

Dengan kejayaan 2 0 malam tadi menyaksikan anak buah K Rajagobal mengurangkan defisit pertemuan antara kedua-dua pasukan. Bermain digelanggang sendiri pemain-pemain Malaysia menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan bermain selesa tanpa banyak tekanan diberi Hong Kong. Asakan Malaysia bermula sejak sepak mula sehinggalah rembatan menarik Safee Sali minit ke 13 menewaskan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai namun terkena tiang.

Gol Malaysia hadir pada minit ke 44 apabila Syafiq Rahim bijak mencuri bola dari kesilapan pertahanan Hong Kong dan mengelecek sebelum merembat rendah dengan kaki kiri. Gol tersebut mirip gerakan Norsharul Idlan ketika perlawanan Piala Suzuki AFF lalu.

Tidak banyak aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan apabila bola banyak bergerak dibahagian tengah. Malaysia hanya mendapat gol kedua dari Amirulhadi Zainal pada lewat permainan.

Menentang Hong Kong yang berada dirangking 143, tiga tangga dibawah Malaysia tidak banyak memberi tekanan kepada pemain-pemain Malaysia. Perlawanan dengan pasukan yang lebih tinggi perlu diatur FAM bagi memantapkan lagi Harimau Malaya setelah terbukti Malaysia kini bukan lagi sebuah pasukan belasahan.

Safee Sali sah ke Pelita Jaya FC

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 7 February 2011 10:19 pm

Penyerang Selangor, Safee Sali sah akan ke Liga Super Indonesia apabila beliau akan menyarung kelab Pelita Jaya FC dengan bayaran perpindahan yang tidak dinyatakan. Penyerang Selangor dan kebangsaan itu akan ke Indonesia hari isnin ditemani isteri dan anak beliau.

Pelita Jaya FC kini menghuni tangga tercorot Liga Super Indonesia namun kehadiran penjaring terbanyak Piala AFFSuzuki lalu itu diharap dapat mengubah nasib kelab terbabit. Pelita Jaya FC pernah menyaksikan beberapa pemain terkenal dunia beraksi untuk kelab tersebut antaranya Roger Milla dari cameroon dan legenda Argentina, Mario Kempes sekitar tahun 1994 hingga 1996.

Diharap pemergian Safee Sali dapat meningkatkan mutu permainannya dan berjaya membantu meningkatkan mutu bolasepak negara. Beberapa rakan dalam kem Selangor ternyata sedih dengan penghijrahan Safee namun mereka tetap mengharapkan yang terbaik untuk beliau.

Safee akan mengikat kontrak bersama Pelita Jaya selama setahun dan akan mengenakan jersi no.10. Seluruh peminat Malaysia doakan yang terbaik untuk beliau.

Pelita Jaya FC

Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia | Saturday 5 February 2011 3:34 pm

PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.

Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.

Safee ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam, mengesahkan dia bakal berhijrah ke Indonesia tetapi enggan mendedahkan kelab yang akan diwakili.

“Memang saya akan ke sana tetapi butiran lanjut mengenainya akan diumumkan Isnin ini,” katanya tetapi mengesahkan kontrak dengan kelab Indonesia itu adalah bagi tempoh setahun.

Safee yang menarik minat tiga kelab di Indonesia selepas aksi cemerlangnya di kejohanan Piala AFF Disember lalu, sebelum ini dilaporkan mahu mencuba nasib beraksi di liga negara jiran itu untuk mengembangkan lagi bakatnya selepas Persib Bandung, Pelita Jaya dan Balikpapan dikatakan berminat menghulurkan kontrak.

Pemain itu mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga kelab terbabit dan Persib Bandung dikatakan menjadi pilihannya kerana kelab itu antara paling berjaya di Indonesia dan menduduki tangga keempat ISL musim lalu.
Namun, di sebalik keinginan dan minat tingginya ke negara jiran, keputusan akhir mengenai masa depan Safee masih tertakluk kepada keputusan Exco FAS, sama ada menerima atau menolaknya.

Safee berkata, aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur 12 Februari ini adalah penampilan terakhirnya bersama Merah Kuning dan pemergiannya ke Indonesia akan disertai isterinya.

“Sekalipun akan beraksi di luar negara, saya bersedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmat diperlukan untuk skuad negara,” katanya.

Difahamkan, sidang media FAS Isnin ini yang bakal dihadiri semua rakan pemain Selangor, juga turut menjadi majlis perpisahan untuk Safee.

sumber: bharianonline.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz