Liga Super Malaysia – Keputusan 19 April 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 20 April 2011 10:14 am

gambar:bh online.

Selangor terus menghuni persada Liga Super Malaysia setelah menewaskan Sabah 1-0. Gol minit ke 71 itu hasil jaringan Azidan melalui sepakan percuma. Syed Adney melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas rembatan Azidan dan bola meleret masuk melepasi garisan gol.

Namun demikian aksi kedua-dua pasukan begitu hambar dan membosankan dengan bola kerapkali hilang dari kawalan pemain. Hantaran yang serba tidak menjadi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan ditambah dengan tempo permainan yang perlahan semenjak sepak mula.

Pastinya aksi sebegitu menimbulkan rasa tidak puas hati penonton seluruh Malaysia ketika kita  dalam laluan memperkasa mutu bolasepak tanahair. Alasan keletihan adalah sesuatu yang tidak boleh digunapakai kepada pemain professional.

Lain-lain keputusan perlawanan:

Liga Super Malaysia – Keputusan 09 April 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Sunday 10 April 2011 10:57 am

Kedudukan liga selepas 10 perlawanan

Liga SUper Malaysia – Keputusan perlawanan 25/26 Februari 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia | Sunday 27 February 2011 10:25 am

Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia | Saturday 5 February 2011 3:34 pm

PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.

Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.

Safee ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam, mengesahkan dia bakal berhijrah ke Indonesia tetapi enggan mendedahkan kelab yang akan diwakili.

“Memang saya akan ke sana tetapi butiran lanjut mengenainya akan diumumkan Isnin ini,” katanya tetapi mengesahkan kontrak dengan kelab Indonesia itu adalah bagi tempoh setahun.

Safee yang menarik minat tiga kelab di Indonesia selepas aksi cemerlangnya di kejohanan Piala AFF Disember lalu, sebelum ini dilaporkan mahu mencuba nasib beraksi di liga negara jiran itu untuk mengembangkan lagi bakatnya selepas Persib Bandung, Pelita Jaya dan Balikpapan dikatakan berminat menghulurkan kontrak.

Pemain itu mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga kelab terbabit dan Persib Bandung dikatakan menjadi pilihannya kerana kelab itu antara paling berjaya di Indonesia dan menduduki tangga keempat ISL musim lalu.
Namun, di sebalik keinginan dan minat tingginya ke negara jiran, keputusan akhir mengenai masa depan Safee masih tertakluk kepada keputusan Exco FAS, sama ada menerima atau menolaknya.

Safee berkata, aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur 12 Februari ini adalah penampilan terakhirnya bersama Merah Kuning dan pemergiannya ke Indonesia akan disertai isterinya.

“Sekalipun akan beraksi di luar negara, saya bersedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmat diperlukan untuk skuad negara,” katanya.

Difahamkan, sidang media FAS Isnin ini yang bakal dihadiri semua rakan pemain Selangor, juga turut menjadi majlis perpisahan untuk Safee.

sumber: bharianonline.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz