
Everton akan bertandang ke Liverpool dalam pertembungan setempat dalam Liga Perdana Inggeris setelah mereka menang di Goodison Park 2-0 pada awal musim. Pertembungan Merseyside Derby ini pasti menarik kerana kedua-dua pasukan berkongsi 25 mata berkelebihan jaringan untuk Everton dikedudukan tangga ke 12 dan Liverpool setangga di bawah.
Musim yang penuh dengan kemerosotan pasukan Liverpool dengan hanya tujuh kemenangan saja dicatat dalam 21 perlawanan. Menerima kunjungan Everton pastinya sesuatu tugas yang sukar apatah lagi mereka baru saja terima kekalahan ke 10 musim ini kepada kelab kurang ternama, Blackpool 2-1. Permulaan yang kurang baik buat pengurus baru Liverpool, Kenny Dalglish
Manakala Everton pasti akan bermatian untuk mencatat kemenangan bagi menamatkan musim ini mengatasi The Reds untuk kali pertama sepanjang tempoh sembilan tahun. Liverpool dan Everton sudah bertemu sesama sendiri sebanyak 215 kali dan kemenangan di Anfield ini pasti memberi kelebihan untuk mereka menamatkan liga mengatasi musuh setempat itu.
“Kami tidak pernah menang di Anfield tetapi kami berharap dapat mengakhirinya kali ini”, ujar Moyes. Everton mengatasi Liverpool di Goodison Park pada Oktober lalu dan mencari untuk kemenangan berganda menyamai rekod musim 1984-1985 di mana mereka muncul juara liga.
Kenny Dalglish yang baru mengambil alih Liverpool kalah dalam kedua-dua perlawanan pertamanya dan berharap pertemuan ahad ini memberi kemenangan pertama buat beliau setelah kembali semula ke Anfield sebagai pengurus setelah 20 tahun mengantikan Roy Hodgson yang dipecat minggu lalu.
Moyes pula menyatakan beliau tidak berasa bimbang bertandang ke Anfield kali ini. “ Jika Kenny yang bermain saya perlu bimbang kerana sebagai pemain beliau seorang pemain yang saya kagumi”. “Sebagai pengurus saya tidak berfikir itu memberi banyak perbezaan – tetapi dia juga seorang pengurus hebat”. Tambah pengurus berbangsa Scotland itu lagi.
Pertembungan Merseyside derby telah menjadi perlawanan yang panas apabila 10 kad merah dilayangkan dalam 12 perlawanan terakhir. Dalam perlawanan musim lalu Everton kehilangan Steven Pienaar dan Liverpool kehilangan Sotirios Kyrgiakos apabila kedua-duanya dilayangkan kad merah.
Pastinya pertemuan dua jiran tetangga ini memberi aksi yang menarik apatah lagi Fernando torres mula mendapat sentuhan pembunuhnya kembali. Bermain di laman sendiri Liverpool tidak rela berputih mata lagi. Tugas sukar menanti mereka apabila kapten, Gerrad digantung kerana kad merah dan Carragher pula masih dalam kecederaan.
Liverpool: Reina, Kelly, Skrtel, Agger, Aurelio, Lucas, Meireles, Johnson, Rodriguez, Kuyt, Torres, Gulacsi, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen, Shelvey, Cole, Ngog, Babel, Jovanovic, Pacheco.
Everton: Howard, Neville, Hibbert, Heitinga, Distin, Baines, Coleman, Pienaar, Osman, Rodwell, Fellaini, Arteta, Bilyaletdinov, Saha, Beckford, Anichebe, Gueye, Baxter, Duffy, Silva, Mucha.
